26 May 2011

Satu lagi lakonan esok : Keputusan semakan tarif elektrik diumum

Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kabinet telah memutuskan yang Majlis Ekonomi akan membuat keputusan akhir.

"Ia akan menentukan jika kita akhirnya telah memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.

Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

"Ia adalah projek kerajaan-kepada-kerajaan dan masih lagi dibincangkan dengan kerajaan China," kata beliau.

- Bernama


SR : Besok kerajaan BN akan menunjukkan keprihatinannya dengan tidak menaikkan tarif elektrik dan rakyat akan bersorak gembira. Lakonan yang pasti akan mendapat anugerah oleh media sarkis. Semuanya akan menghebohkan tentang kerajaan BN yang amat penyayang kepada rakyat ini dan BN akan mendapat kredit. Bertambah sakan la makcik dan pakcik di ulu menyokong BN....

..kita akan bersimpati dengan seorang ayah yang memberitahu bahawa susu yang diminum oleh anak kecilnya terpaksa dikurangkan disebabkan pendapatannya sudah tidak dapat menampung..rasa kesian kita padanya dan anaknya..namun simpati itu akan hilang jika dapat tahu bahawa si ayah ini sering membelanjakan wang bukan pada tempatnya; berfoya-foya, membazir, kuat merokok dan selalu belanja rakan-rakan kedai kopinya..simpati kita pada si ayah bertukar marah, benci dan kecewa..dan kasihan kita kepada si anak meningkat kerana dia dizalimi..demikian sesebuah kerajaan dan subsidi..jika kerajaan berhemat, tidak membazir wang negara, belanja dengan kadar patut, pada tempat yang patut, kita tidak kecewa dan marah jika subsidi dipotong..tetapi jika kerajaan itu seperti si ayah tadi, kita kecewa dan marah..kita simpati pada rakyat bawahan dan akan bangkit membela mereka..tahniah kepada rakyat yang dapat menghalang 'sementara' kenaikan harga petrol..-Dr MAZA

No comments:

Post a Comment

TERKINI