30 December 2012

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai PKR






KUALA LUMPUR: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai PKR.

KeadilanDaily melaporkan, Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu berucap di pusat membeli-belah Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin, isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita PKR Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

KeadilanDaily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13.

TERKINI