13 January 2011

RMT : Rakyat dahulu kena


RMT: Kerajaan nafi hak pelajar miskin
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin
 dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya
dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan
 BN kononnya ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
[KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan
 agar RMTditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam).
“Ini dilihat akan memberi kesan  kepada ribuan pelajar miskin yang berada
di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut,” ujarnya.
Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana
bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan
 tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran
dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.
Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada
 sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan
sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.
“Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?
“Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?” soalnya.
Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar
 daripada kerajaan berhubung perkara itu.

TERKINI