17 June 2011

Pemuda umNO pula akan adakan perhimpunan 'haram'

Pemuda Umno juga mahu berhimpun pada 9 Julai

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu.

Sebelum itu, keputusan mesyuarat Pemuda Umno sebentar tadi diumumkan Khairy dalam laman Twitter beliau.

bersih rally 271207 01Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak menyertai BERSIH kerana kumpulan itu menyokong pembangkang dan sejal awal mempunyai agenda politik.

Beliau juga menafikan tindakan itu bagi melawan BERSIH, sebaliknya ia tiada kaitan langsung.

Ditanya sama ada tindakan itu sesuai memandangkan dua lagi kumpulan bercadang berhimpun pada masa yang sama, Khairy berkata ia "terpulang kepada pihak polis".

Pemuda Umno menegaskan akan memohon permit bagi tujuan itu walaupun tidak pasti pihak polis akan memberikannya.

SR :
Selepas ni Pemuda umNO kena buat laporan polis untuk diri sendiri sebab mengganggu keselamatan negara. haha...
Berita terdahulu :
BERSIH: Pemuda Umno mahu polis bertindak awal

TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat

TERKINI