29 February 2012

Perbicaraan ISA: Dua saksi sebak, titiskan air mata

Dua orang saksi dalam kes saman sivil terhadap kerajaan gagal mengawal emosi mereka pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa menceritakan pengalaman mereka ketika tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONEAktivis reformasi, pembikin filem, dan juga kolumnis Hishamuddin Rais sebak apabila beliau menceritakan kepada mahkamah apabila beliau menerima ribuan kad dari seluruh dunia.

Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin mula menitiskan air mata seketika dan berkata beliau menerima tidak kurang 3,000 kad daripada orang ramai dari seluruh dunia. Namun beliau tidak berani membukanya tetapi hanya menyimpannya sebagai “pusakanya”.

Selain itu, cerita beliau, setiap kali apabila mendengar bunyi kunci selama enam bulan, beliau menjadi paranoid atau gementar.

Saksi kedua, pemimpin PKR Badrulamin Bahron pula menangis teresak-esak apabila beliau menceritakan keadaan sel tempat beliau ditahan.

NONEKetika dihubungi selepas perbicaraan itu, Badrulamin yang juga Pengarah Komunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor berkata beliau menitiskan air mata bukan kerana keadaan sel yang teruk.
Sebaliknya, katanya, beliau teringatkan liang lahad yang jauh lebih kecil daripada sel tempat beliau dikurung yang pasti tidak mempunyai kemudahan seperti air paip.

Kedua-dua mereka dan tiga yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

-MKINI-

SR: ISA - HUKUMAN RIMBA OLEH PEMIMPIN BERFIKIRAN RIMBA.

11 February 2012

Badan kehakiman takut disebabkan Dr M, kata bekas Ketua Hakim



KUALA LUMPUR, 11 Feb — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”

Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”

Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.

“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.

Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.

“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.

Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.

Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.

“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.

“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.

Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.

Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.

“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim.

-TMI-

08 February 2012

Pemuda PAS akan gesa Rais Yatim kawal promosi Hari Kekasih



KUALA LUMPUR, 8 Feb - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggesa Pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan.

Wakil DPPM Kamaruzzaman Mohamad dalam sidang media di sini berkata, mereka akan menghantar memo kepada Datuk Seri Rais Yatim supaya membuat kawalan terhadap sebarang promosi dan publisiti media massa berkaitan sambutan Hari Kekasih tersebut bagi membendung umat Islam daripada terjebak dengan kegiatan tidak bermoral sekiranya mereka turut serta dalam sambutan berkenaan.

"Kawalan tersebut tidak melibatkan masyarakat bukan Islam, itu hak mereka untuk menyambut hari memperingati kekasih, tetapi publisiti meluas sambutan tersebut akan memberikan kesan kepada umat Islam.

Menurutnya, bagi umat Islam, mereka dilarang meraikan sambutan tersebut kerana khuatir berlakunya gejala tidak sihat dalam kalangan mereka.

"Islam mempunyai pendirian berbeza berhubung sambutan hari kekasih kerana ia menjurus kepada pasangan yang belum berumahtangga, dan Islam melarang perhubungan seperti itu," tambahnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kuala Lumpur.

Menurut beliau, promosi secara besaran-besaran oleh pihak-pihak tertentu akan menggalakkan pasangan yang belum berkahwin untuk menyambut hari memperingati kekasih itu.

"DPPM sebelum ini ada meminta kerajaan mengadakan kempen bebas daripada pergaulan tanpa batasan, dan kami juga menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)mengadakan kempen untuk tidak menyambut Valentine Day ini.

"Ini kerana kesan akhir hasil daripada sambutan itu adalah lahirnya bayi- bayi haram dan bayi-bayi longkang," tegasnya.

Memorandum tersebut dijangka akan diserahkan di pejabat KPKK di sini pada Jumaat jam 10 pagi.

07 February 2012

Laporan polis dibuat isu pemecatan 2 pemimpin NUBE



Gara-gara tidak berpuashati dengan pemecatan dua peneraju tertingginya, hari ini anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) cawangan Melaka membuat satu laporan polis.

Mereka melakukan tindakan itu ekoran pemecatan naib presidennya, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt sebagai pekerja Maybank 31 Januari lepas.


Laporan berkenaan dibuat oleh bendahari kesatuan itu, cawangan Selatan Kamarudin Bujang mewakili 1,000 ahli kesatuan itu.



Menurut Kamarudin, Abdul Jamil yang bekerja di Maybank cawangan Pulau Pinang dan Chen di cawangan Ipoh Perak itu dipecat atas kesalahan memegang sepanduk di luar bangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, tahun lepas yang disiarkan di laman sesawang kesatuan itu.

Bagaimanapun, katanya pemecatan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia bertentangan dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Beliau berkata setiap ahli NUBE dilindungi oleh akta tersebut dan mereka berhak mengadakan piket sekiranya menghadapi pertikaian perusahaan sehingga gagal menemui jalan penyelesaian terbaik.

"Alasan pemecatan itu tidak relevan, kejadian itu telah lama berlaku dan mereka dipecat hanya kerana gambar mereka sedang berpiket bagi memperjuangkan tuntutan 80 bulan bonus prestasi pekerja Maybank sejak 10 tahun lepas.

"Jadi kami anggota NUBE di seluruh negara iaitu seramai 30,000 berharap pemecatan itu dapat ditarik semula.

"Kami berharap satu rundingan dapat dilakukan dengan kadar segera bagi menyelesai segala masalah sedia ada," katanya ketika ditemui di Balai Polis Banda Hilir, di sini.

Setakat ini, menurut Kamarudin, aduan sudah dibuat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia dilakukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dihadapi pekerja Maybank bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan diambil.


-MKINI-

04 February 2012

Parlimen Akan Dibubar Minggu Depan ?

Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan! "

" Namun apa pun keputusan yang akan dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, rakyat wajib bangkit bersatu dan bersama-sama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari tarikh Parlimen dibubarkan. ”


Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS

02 February 2012

KITA akan dibubarkan, umum Zaid

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

NONEDalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada  pembangkang.

"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.
"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

NONEParti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.
Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

TERKINI