13 April 2011

PRN SARAWAK : Hishamuddin Rais, Miri 13/04/2011

Saman Umi Hafilda RM100 Juta Terhadap Baginda Minda, MalaysiaKini Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Umi Hafilda Ali terhadap Baginda Minda dan pemilik portal berita, MalaysiaKini.
Baginda Minda atau nama sebenarnya, Nor Azman Abdullah merupakan bekas rakan perniagaan Umi Hafilda.
Keputusan untuk membatalkan saman tersebut dibuat oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di dalam kamarnya, ekoran peguam yang mewakili pihak-pihak tidak menghadiri prosiding sebutan yang dijadualkan hari ini.
Umi Hafilda memfailkan saman tersebut pada 17 Mac lalu menerusi Tetuan Sahrihan & Hamdan dengan menamakan Nor Azman dan MKini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan-defendan kerana mendakwa telah memfitnahnya.
Adik kepada Timbalan Presiden Pari Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu mendakwa Nor Azman telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah secara sindiran pada sidang media yang dihadiri oleh sekumpulan wartawan di lobi Parlimen pada 15 Mac lalu.
Dakwanya lagi, defendan kedua telah menerbitkan kenyataan tersebut pada hari yang sama dalam bahasa Malaysia pada pukul 2.31 petang manakala versi bahasa Inggeris diterbitkan pada pukul 3.04 petang.
Artikel tersebut didakwa ditulis oleh wartawan Hazlan Zakaria dan bertajuk ‘Baginda pula jelajah ‘bongkar’ Ummi Hafilda’ dan 'Ummi’s sex-partner threatens to ‘tells all’.
Umi Hafilda mendakwa, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa dirinya seorang ahli perniagaan yang terdesak, wanita tidak bermoral dan mempunyai banyak skandal dan tidak jujur.
Seterusnya, Umi Hafilda juga mendakwa penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang individu berprofil tinggi dan sangat dikenali serta memegang pelbagai jawatan perniagaan dan sosial di Malaysia.
Justeru itu, beliau memfailkan saman tersebut bagi menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi tafsir yang akan ditaksirkan kemudian, faedah pada jumlah lapan peratus, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Umi Hafilda yang mendakwa dirinya seorang yang berani untuk bercakap benar apabila mendedahkan salah laku Anwar yang semasa itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri juga memohon perintah injunksi untuk melarang kedua-dua defedan daripada menerbikan kenyataan fitnah tersebut.
-mStar Online-

Link terkini Malaysiakini

http://27.131.49.132

Silap mata : Bagaimana menukar wang RM3.5 Juta kepada RM36 Juta



Sudah menjadi amalan di negara ini yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN), bila seseorang itu dapat tender sesebuah projek, dianggap peluang atau tiket untuk songlap duit, untuk jadi kaya-raya dan lubuk melombong duit.

Tak pelik bagi kita di zaman BN memerintah, jika sesuatu projek yang pada asalnya berharga RM3.5 juta, tetapi boleh melonjak naik peningkatan kosnya kepada RM36 juta. 12 kali ganda daripada harga asal.

Acara pecah tanah projek veledrom mini di Dungun tahun lepas oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dan tak pelik, selepas sesuatu projek itu siap, yang terlibat dengan tender berkenaan akan dapat ’durian runtuh’, hidup senang, pakai kereta mewah, dapat rumah besar dan pergi melancong ke luar negara.

Lapor Kosmo hari ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said amat terkejut dengan peningkatan kos terlalu ketara pembinaan velodrom mini di Dungun, Terengganu sehingga mencecah RM36 juta iaitu 12 kali ganda daripada kos sepatutnya sebanyak 3.5 juta.

Ahmad juga pelik bagaimana kos pembinaan kemudahan sukan itu boleh melonjak begitu ketara dan menyifatkan ia tidak rasional dan perlu diteliti semula kerana perbezaan daripada kos asal yang sangat ketara.

Sambil menegaskan supaya kos pembinaan velodrom tersebut mengikut ketetapan asal, Ahmad mahu pihak yang terbabit, terutamanya Jabatan Kerja Raya supaya mengkaji semula tentang perkara itu.

“Memang saya terkejut... sebab itu saya mahu ia dikaji semula,” kata Ahmad di Kuala Terengganu kelmarin.

Sebelum ini, kos asal pembinaan velodrom mini yang dicadangkan Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN) dianggarkan sekitar RM3.5 juta.

Ahmad menambah, pihaknya menyerahkan kepada JKR untuk menetapkan pelan atau reka bentuk velodrom mini itu agar bersesuaian dengan jumlah kos seperti mana perancangan asal.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong turut menyifatkan kos projek tersebut amat tinggi.

“Kos pembinaan velodrom mini itu amat tinggi memandangkan kita hanya mahu membina sebuah velodrom biasa untuk dijadikan pusat latihan serta venue pertandingan peringkat tempatan,” katanya.

Dalam hal demikian, tak mustahil pembinaan velodrom mini berkenaan ada unsur-unsur rasuah. SPRM tidak boleh berdiam diri dan diminta siasat segera agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab tidak sesuka hati melonjakkan kos sesuatu projek demi keuntungan kantong peribadi orang-orang tertentu.
-Warkahdaily-

S/R : Hanya kerajaan BN yang mampu buat silap mata ini..

TANYA SAMA NAJIB DAN TAIB


SATOK: KEADILAN membangkitkan lima persoalan dan menuntut jawapan segera dari pimpinan Barisan Nasional, sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pun penyandang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pengarah Strategi dan Politik KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, soalan tersebut berkisar mengenai gerak kerja dan kempen Barisan Nasional pada hari kelima selepas penamaan calon.
Pertama, katanya, Barisan Nasional perlu menjelaskan sama ada mereka bertanggungjawab terhadap serangan ke atas laman web Sarawak Report sehinggakan pengendalinya terpaksa mengalihkan laman tersebut setiap minggu.
“Ini kerana kebelakangan ini wujud kecenderungan sesetengah pihak untuk mensabotaj laman tersebut. Mengapa mereka takut sedangkan Barisan Nasional mempunyai jentera media yang lebih besar?
Menurut Rafizi, dua minggu lalu pula, BN Sarawak membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap Radio Free Sarawak, yang banyak membongkarkan salahlaku dan penyelewengan Taib Mahmud di negeri itu.
Kedua, menurut Rafizi, Taib perlu menjelaskan bila kah tarikh beliau akan bersara dari politik, memandangkan terdapat percanggahan antara kenyataannya dengan pengumuman yang dibuat Najib.
“Pada awalnya, Taib mengatakan yang dia tidak akan undur selepas pilihan raya negeri. Kemudian Najib buat pengumuman bahawa Taib akan undur selepas pilihan raya negeri.
“Terbaru dalam sebuah majlis yang dihadiri ramai, secara terbuka Tain menyatakan bahawa dia memerlukan dua atau tiga tahun sebelum mengundur diri daripada politik Sarawak. Ini adalah kontra yang besar,” kata Rafizi.
Ketiga, Rafizi meminta kepastian samaada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan tegas berikutan rasuah politik terang-terangan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional.
“Pengumuman demi pengumuman projek dan peruntukan dibuat. Bukankah SPRM dan SPR bermati-matian mahu banteras rasuah? Ini jelas kesalahan pilihan raya,” tegas Rafizi.
Keempat, Rafizi meminta penjelasan daripada pimpinan BN kerana terdapat pihak tertentu mengapikan sentimen agama pada pilihan raya kali ini.
Ia  berikutan beberapa kain rentang dipasang di sekitar Kuching yang memaparkan perkataan provokatif, antaranya ‘Undi PKR bermakna undi untuk negara Islam’ dan ‘Undi PKR, undi untuk negeri Kristian’.
“Ramai yang tidak memahami situasi politik dan pengamalan beragama masyarakat di negeri ini yang majoritinya adalah mereka yang beragama Kristian. Tindakan kempen politik murahan seperti ini wajib dihentikan,” desak Rafizi.
Bagi soalan kelima, Rafizi menggesa Najib dan Taib menjelaskan siapakah sebenarnya yang mengetuai kempen Barisan Nasional pada pilihan raya negeri itu.
“Selepas kejadian semalam, apabila Taib Mahmud mengumumkan yang dia hanya akan meletakkan jawatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang, siapa yang mengetuai kempen Barisan Nasional?
“Adakah Taib ‘bad in business’? Kami mahukan jawapan mereka”, ujar Rafizi.

TERKINI