22 April 2011

Enggan serah 20 sen, pelajar OKU dibelasah senior

Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di Teluk Intan dua hari lalu.

Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala.

"Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di Teluk Intan hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.

Agashdin kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar senior terbabit. 

- Bernama-



S/R : Apabila Pendidikan Islam/Pendidikan Moral hanya sekadar subjek tanpa penghayatan.

Kome boleh menari poco-poco sekarang tapi bukan kat negeri teman





Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco, Perak Tetap Haram


Berita

Banjir di negeri BN




Selendangrakyat : Ini kalau berlaku masa Pakatan Rakyat memerintah dah tentu gegak gempita semua media.  Liputan penuh 3 hari 3 malam....

Miscommunication la pulak :PEMANDU mengaku menukar E-mel 1Malaysia dari inisiatif kerajaan kepada swasta

PEMANDU akhirnya mengakui bahawa pihaknya telah menukar projek E-mel 1Malaysia dari "inisiatif kerajaan" kepada "inisiatif swasta" dalam lamannya, setelah didedahkan satu laman internet, GreyReview.  Bagaimanapun, PEMANDU mendakwa bahawa ia adalah kesilapan semata-mata.
Dalam tweeternya etp_roadmap tadi, PEMANDU meninggalkan mesej, "Hi all, we would like to clarify that we made a genuine error in the backgrounder initially.  Upon obtaining clarification about the project, we decided to correct it on our website.  We apologise for any misunderstanding."
Semalam, satu laman internet GreyReview mendedahkan bahawa PEMANDU secara senyap-senyap menukar projek E-mel 1Malaysia, dari projek "Government Initiative" pada 19 April, kepada projek "Private Sector Initiative" yang diterajui Tricubes Bhd pada 20 April.  Malah, GreyReview menunjukkan perubahan ini melalui gambar yang diambil dengan "print screen" dari laman PEMANDU.  Malah, lingkungan fungsinya turut diperkecilkan.
E-mel 1Malaysia adalah satu projek bernilai RM50 juta, diperuntukkan kepada syarikat yang mengalami masalah kewangan, iaitu Tricubes Bhd.  Bagaimanapun, projek ini dipertikaikan dalam ruang internet, sehingga Perdana Menteri Najib Razak perlu menjelaskan pada malam 19 April, bahawa ia adalah pelaburan sektor swasta.

Laman pada 19 April 2011

Laman pada 20 April 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai.

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.
Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.
Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TERKINI