21 February 2013

Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR




Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.

Kedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau.-MK

1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi


KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.



Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

Simbol 1Malaysia?

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.

Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut.

"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.

"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA-HD

15 February 2013

Lebih 900 cedera meteor terhempas di Rusia

Meteor timpa Rusia 400 cedera



MOSCOW - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saat diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannya terbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pegawai Kementerian Kecemasan Gennady Onishcenko berkata, kebanyakan mangsa cedera akibat terkena serpihan kaca selepas hujan meteoroid tersebut jatuh ke kawasan perumahan dan sekitar bangunan.

“Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan selepas meteoroid itu terkena premis bangunan, kedai dan kediaman,” katanya.

Presiden Vladimir Putin bersyukur kerana insiden yang mengejutkan ini tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

Meteor ini disaksikan di Yekaterinburg, 200 kilometer ke utara dan di Kazkhstan di selatan.

Jabatan Kesihatan Chelyabinsk mengesahkan 985 orang setakat ini mengalami kecederaan, termasuk 200 kanak-kanak.

Dua orang di bandar Kopeysk berada dalam keadaan serius.

Menurutnya, seramai 20,000 petugas kecemasan dikerah ke Chelyabinsk dengan tiga pesawat tentera udara.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Vadim Kolesnikov berkata, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kilang zink runtuh, sistem telekomunikasi terputus, penggera keselamatan bangunan, rumah dan kereta berbunyi.

“Satu letupan kuat bersama gumpalan cahaya terang menyerupai api melintasi bandar ini hingga jatuh dan mengenai beberapa kawasan premis sekitar bandar ini,” katanya.

Beliau berkata, beberapa penduduk mendakwa, letupan dapat didengar ketika asteroid itu memasuki atmosfera bumi.

Sementara itu, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.

“Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.-SH

11 February 2013

Are you ready for BN? NOOOOOO!!!!

TERKINI