27 March 2011

Tiada jalan mudah dalam Perjuangan

Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendakiNya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia. Asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.

Perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.. Para pejuang juga tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir mustahil untuk menempuh kemenangan. Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT. Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para Nabi dan Rasul a.s. yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah swt ini. Para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.

Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan.

Akhirnya marilah menghayati  2 rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930an di usia muda belia: 

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa  yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti"

Kenyataan Nazri Aziz gambarkan kelemahan Zambry tadbir kerajaan

WarkahDaily, 27 Mac – Kenyataan yang dibuat Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dalam temubualnya bersama akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang PauKhamis lepas menggambarkan kemelut sebenar yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) Perak di bawah pimpinan pengerusi perhubungannya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Nazri (Gambar) dalam temubualnya telah meminta MIC serah kesemua enam kerusinya di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ. Laporan penuh, baca di sini.

Kenyataan yang dibuat Nazri itu mungkin tidak dari pandangan peribadinya, ianya mungkin signal yang datang dari pimpinan BN pusat yang diketuai presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Mana mungkin Nazri boleh mengutarakan pandangan sebesar itu yang mungkin boleh merosakkan hubungan Umno dengan MIC jika ianya bukan dari arahan atasan.

Kerana melihat kepada kelemahan dan kelembaban pengurusan BN Perak di bawah Menteri Besar yang kurang berpengalaman dalam arena politik, mungkin menyebabkan pimpinan pusat mewakilkan Nazri Aziz yang juga anak Perak untuk memberi signal mudah kepada Zambry dan pimpinan Umno-BN lain di Perak.

Padahal BN Perak baru sahaja berkonvensyen, sudah pasti perkara-perkara berbangkit seperti agihan kerusi antara komponen BN dianggap telah selesai mungkin. Tetapi kenapa ianya masih lagi dibangkitkan oleh Nazri Aziz yang kini lebih dekat dengan Najib. Di sini amat jelas menggambarkan, mungkin kedudukan Zambry di Perak tidak selamat. Dengan kata lain, Zambry tidak layak berada di kerusi panas Perak itu.

Bulan lepas, Zambry ada membuat kenyataan berbentuk rayuan kepada orang-orang tertentu dalam Umno-BN agar menerima sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan dalam pilihanraya nanti. Beliau juga sempat mengingatkan agar tidak sabotaj calon yang beliau ketengahkan.

Apa maksud di situ? Sudah tentu Zambry kini sedang berada dalam dilema dan kesusahan. Beliau dilihat sedang diperhatikan oleh musuh dalamnya. Beliau tahu ada pihak dalam Umno-BN yang bakal menikam di belakangnya.

Bagi setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, kenyataan Nazri bukanlah asing kerana beliau bukan bercakap tanpa direstui oleh orang-orang tertentu, lapor Harakahdaily.

Kata Raja Ahmad, pemuda PAS Perak dapat melihat jelas apa yang dibincangkan oleh BN Perak di dalam konvensyen mereka tidak selari dan seolah-olah ada agenda tertentu Umno Perak dengan apa yang dinyatakan oleh Nazri.

“Kenyataan tersebut juga sebagai bukti bahawa BN Perak masih bergolak di bawah kepimpinan Dr Zambry yang masih muda dan kurang pengalaman dalam memahami selok-belok politik negeri serta bekerjasama dengan parti-parti komponennya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, BN Perak pada hakikatnya tidak bersatu dan penuh dengan masalah berdasarkan kenyataan Nazri sebagai pemimpin kanan negara dan negeri.

Dengan kata lain, kenyataan Nazri dalam temubual berkenaan disebabkan pimpinan BN pusat merasa bimbang dengan masalah BN Perak yang tidak bersatu dan penuh dengan masalah dalaman antara komponen partinya di bawah pimpinan Zambry yang lemah dan bimbang negeri itu akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

TERKINI