09 August 2012

Mahkamah Tolak Saman Timbermine-Rakyat Kelantan diminta solat sunat syukur

Pada hari Isnin, 3 Ramadhan (23 Julai 2012) Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta oleh syarikat Timbermine Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Penghakiman itu dibuat berikutan pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu, 30 Disember 2009.

Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu, Kerajaan Negeri diarah RM800 juta kepada Timbermine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Saya pernah mengulas perkara ini semasa kuliah Jumaat di Medan Ilmu (1 Januari 2010) kerana saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Ini kerana kes saman tersebut adalah kerja orang lain, kerja kerajaan BN dulu. Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai.

Mengenang kepada cerita di sebalik kes saman Timbermine ini, memanglah berlaku perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat ini tahun 1964. Tetapi ketika kerajaan campuran tahun 1975, ia dibatalkan kerana campurtangan pihak tertentu yang bukan daripada PAS. Justeru Kerajaan Negeri selepas itu (sekitar 1977) mengalami darurat, maka PAS dituduh menjual negeri kepada pihak Singapura. Namun, selepas itu BN yang mendapat kuasa dari rakyat, mereka gagal menyelesaikan isu itu secara baik hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman pada tahun 2004. Sedangkan, timbul cerita ketika itu tuduh PAS yang gadai tanah balak kepada tauke Singapura, iaitu Timbermine dan pihak BN tuduh kata nak tebus balik jika undi BN, kalau tak undi akan digadai selamanya.

Ayat kempen puak BN ketika itu telah masuk dalam kepala rakyat. Sebab itulah BN dapat undi dan menang tahun 1978. Kita sangka bila menang, BN sudah tebus balik. Namun apa yang berlaku kita Kerajaan sekarang ini kena saman RM800 juta. Ia suatu penipuan kepada rakyat Kelantan.

Bersyukurlah, kerana tergerak hati kita untuk rayu. Maka Kerajaan Negeri telah merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut. Justeru saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, Dato’ Sulaiman Abdullah yang arif menghujah bagi mengenepikan saman. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, saya mohon seluruh rakyat Kelantan dapat menunaikan solat sunat syukur dua rakaat bagi menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mudah-mudahan dalam semangat Ramadhan yang mulia ini, kita semua ditambah nikmat dan keredhaan-Nya jua.

Allahu Akbar.

Sebangsa, Senegara, Sejiwa

07 August 2012

AWAS : BUKU PEROSAK AKIDAH












CARA LICIK MUSUH-MUSUH ISLAM MENGELIRUKAN AKIDAH UMAT ISLAM MELALUI PENGEDARAN BUKU KANAK-KANAK BERUNSUR ISLAM YANG DISELITKAN DENGAN CERITA-CERITA DAN ILUSTRASI YANG BOLEH MENYESATKAN AKIDAH. DALAM KEJADIAN DI LUAR PAGAR SEKOLAH SAYA, PENJUAL BUKU INI SEMPAT MELARIKAN DIRI MENGUNAKAN KERETA JENIS PERODUA MYVI WARNA KELABU BERNOMBOR PENDAFTARAN WRV4072 (DIPERCAYAI NOMBOR PALSU). JIKA ANDA TERNAMPAK AKTIVITI JUALAN BUKU-BUKU INI DILAKUKAN SECARA TERBUKA, SILA HUBUNGI PIHAK POLIS DENGAN SEGERA UNTUK MENAHAN PENJUAL BERKENAAN DAN HUBUNGI SEGERA PIHAK BERKUASA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI UNTUK TINDAKAN. (SEBARKAN MESEJ DAN PERINGATAN INI KEPADA SEMUA GURU DI SEKOLAH RENDAH / TADIKA, PARA IBU BAPA DAN SAHABAT MUSLIM SEKALIAN)

‘Rakan sekelas saya adalah penjenayah perang’


CHICAGO: Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perubatan yang menuntut di University of Damascus, sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka Syria pada tahun 80-an.

Ketika dalam salah satu senaman latihan fizikal, pelajar tersebut telah menimbulkan kemarahan jurulatihnya, dan jurulatih tersebut menghinanya dengan panggilan “anak keldai”.

Namun, jurulatih yang telah merah padam mukanya mula menyedari siapa yang baru dimarahinya, dan lekas-lekas meminta maaf.

Pelajar tersebut adalah Bashar al-Assad, anak kedua dan pewaris utama presiden Syria ketika itu, Presiden Hafez al-Assad.



Tetapi, Bashar Assad “tidak terasa hati” dengan hinaan jurulatihnya.

Sedang Dr Zaher Sahloul mengingat kembali kejadian yang melibatkan rakan sekelasnya selama enam tahun itu, pakar sakit paru-paru Chicago itu terfikir bagaimana “seorang yang begitu biasa dan merendah diri” berubah menjadi dalang kepada pertumpahan darah yang berlaku di Syria, yang telah membunuh lebih dari 17,000 orang, mengikut kiraan United Nations.

“Kamu tidak akan pernah terlintas bagaimana seorang yang pernah menjadi rakan sekelas kamu di fakulti perubatan, akan mampu melakukan jenayah perang sebegini terhadap manusia,” ujar Sahloul, yang berasal dari Homs, Amerika dan merupakan presiden untuk Persatuan Perubatan warga Amerika berbangsa Syria (Syrian American Medical Society).

Era gelap yang baru

Bagi Sahloul dan rakan-rakan warga Amerika berketurunan Syria yang menyambut Ramadhan, bulan suci pada tahun ini menandakan bermulanya era gelap yang baru dalam komuniti kecil mereka, yang kebanyakannya mempunyai rakan-rakan dan ahli keluarga yang ditangkap dalam 17 bulan pemberontakan bersenjata.

Doa mereka dari perlindungan untuk ibubapa mereka yang memilih untuk terus menetap di kota Homs yang tandus angkara bom, hinggalah kepada pengusiran rejim Assad dari Damaskus, mencerminkan kesakitan sebuah bangsa yang terluka, di mana seorang presiden menyerang rakyatnya sendiri.

“Ia amat sulit untuk meraikan kedatangan bulan Ramadham, kerana menyedari ahli keluarga kita berhadapan dengan ancaman pembunuhan pada setiap masa,” ujar Sahloul. “Apa yang berlaku sekarang adalah krisis kemanusiaan yang amat serius.”

Dua minggu lalu, Sahloul kembali dari misi perubatan yang ke-empat untuk kem pelarian rakyat Syria di Kilis, Turki.

Di sana, Sahloul bekerja bersama 45 doktor sukarela warga Amerika berketurunan Syria bergilir di beberapa kem pelarian, walaupun ramai ahli keluarganya yang terkorban dalam taufan keganasan yang melanda Syria.

Kawasan Chicago adalah tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lapan bekas rakan sekelas Bashar al-Assad.

Selain Sahloul, Dr Hassan Alzein, seorang pakar pediatrik, adalah salah seorang dari 800 rakan sekelas Bashar. Seperti Sahloul, Alzein mengganggap Bashar dulunya sebagai seorang yang biasa sahaja.

“Kami cuba menjauhkan diri darinya,” ujar Alzein. “Ayah dia adalah seorang diktator yang kejam dan kami selalu mengingatkan satu sama lain, jika kami rapat dengan Bashar, lama-kelamaan kami akan dijadikan target oleh rejim.”

Seorang penduduk Chicago yang pernah rapat dengan Bashar al-Assad adalah Maher Basatneh, seorang yang berasal dari Damaskus. Tokoh perniagaan Chicago ini berkata dia mula berkawan dengan Presiden Syria itu ketika mereka masih remaja, di sebuah kem terjun udara.

“Dia seorang yang peramah,” ungkap Basatneh berkenaan Bashar al-Assad. “Dia makan bersama dengan kami semua dan kami berbual dengannya seperti rakan biasa. Dia tidak tahu apa-apa berkenaan politik.”

Basatneh dan Assad menjadi teman rapat dan mereka selalu meluangkan masa di kediaman Assad. Di sana, Basatneh berkata, beliau selalu menyaksikan Maher al-Assad mencemuh abangnya, Bashar al-Assad, dengan memanggilnya “bodoh”.

Kemudian, Basatneh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan bersama Assad, yang menyokongnya sebagai ketua Majlis Pelajar.

Tetapi Basatneh, yang kemudiannya keluar dari fakulti perubatan, tidak percaya bahawa Assad mempunyai keupayaan untuk memimpin Syria, dan dia menyifatkan Bashar sebagai remaja yang mempunyai perangai pelik yang menjengkelkan.

“Saya telah mengenali lelaki ini untuk bertahun lamanya, dan jawatan presiden bukanlah untuk dirinya,” ujar Basatneh, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mempertaruhkan nyawanya dengan melantik Assad menjadi doktornya.

Basatneh mendakwa bahawa Assad bukanlah seorang pelajar perubatan yang serius, dan hanya mendapat ijazah kedoktoran kerana dia adalah anak kepada presiden.

Kematian abang Bashar, Bassel al-Assad, yang telah dipersiapkan untuk menjadi presiden, dan selepas itu kematian bapa Bashar, Hafez al-Assad, telah memaksa Bashar mengambil tugas kepemimpinan yang beliau sendiri tidak bersedia untuk memikulnya, jelas Basatneh, dan menambah bahawa krisis Syria adalah kesan langsung kegagalan kepemimpinan Bashar al-Assad.

Menghitung hari

Sahloul berkata dia sendiri tidak pernah terlintas bahawa bekas rakan sekelasnya itu akan menjadi seorang presiden, dan pemerintahan Bashar al-Assad sebenanrya hanya menghitung hari untuk jatuh.

Walaupun mereka tidak rapat, dia selalu melihat Assar di Univesity of Damaskus dari tahun 1982 hingga 1988.

“Beliau bukanlah seorang yang sombong,” kata Sahloul. “Tetapi, dari apa yang saya lihat, beliau bukanlah seorang yang pintar ataupun terhormat.”

“Saya fikir beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang presiden yang tidak bagus bila berhadapan dengan krisis, sama ada krisis di Iraq, atau di Lebanon selepas pembunuhan (bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq) al-Hariri,” ujar Sahloul. “Keputusan-keputusan beliau sangat teruk dan kerana itulah akibat-akibatnya amat teruk.”

Sahloul mengimbas kembali bahawa, selepas bekas rakan sekelasnya menjawat jawatan presiden, dia bersama rakan-rakan doktornya warga Amerika berketurunan Syria, berpeluang bertemu Assad di satu persidangan di Damaskus.
Ketika beramah mesra, Sahloul teringat Assad ada menyebut bahawa tentang keinginannya untuk menjadi seorang doktor dan bukannya seorang presiden.

Dalam pertemuan yang sama, Sahloul bertanya kepada Assad tentang kesediaan Syria untuk menerima pakai sistem demokrasi. Assad menjawab tidak, dengan memberikan budaya berpuak-puak dan politik sektarian Syria sebagai alasan utama penolakannya.

Sekarang, setelah Assad enggan untuk mengiktiraf permintaan rakyat untuk pemerintahan yang lebih demokratik, peristiwa itu mungkin kembali menghantui dirinya.
Namun, Sahloul memberi amaran bahawa, rejim Assad sanggup untuk jatuh bersama-sama dengan seluruh rakyat Syria.

“Rejim itu masih kuat,” ujar Sahloul. “Pihak tentera masih berpihak kepada rejim dan ia akan mengakibatkan banyak kemusnahan dan kacau bilau sebelum rejim ini runtuh.”

“Sudah pasti rejim ini akan berakhir,” kata Sahloul. “Tiada siapa di Syria yang akan membiarkan rejim ini terus memerintah. Rakyat telah tidak takut lagi, amat mustahil untuk Bashar al-Assad terus memerintah Syria.”

“Ia bukannya soal berapa kebarangkalian ia berlaku, ia adalah soal bila ia berlaku,” ujar Sahloul. 






-Sumber-

TERKINI