15 May 2011

Dia dah bagi buah mula : Rakyat nak didahulukan lagi ni.

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan.

Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus.

“Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2011, dekat sini.

Ismail Sabri berkata, harga minyak RON 95, diesel dan gas LPG akan ditentukan sejurus jawatankuasa bersidang Jun ini.

Ketika diminta mengulas mengani penarikan subsidi harga gula, belia yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, kerajaan tidak akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

Katanya, ini juga bergantung kepada keputusan jawatankuasa berkenaan yang sekiranya memutuskan harga gula dinaikkan 20 sen pada masa akan datang, maka subsidi gula akan dihapuskan.

“Harga gula juga akan disemak pada Disember depan selepas kontrak jangka panjang dengan pembekal gula dari beberapa negara di dunia.

“Jika harga gula di pasaran dunia ketika itu lebih tinggi daripada harga sekarang, kemungkinan kenaikan harga gula boleh berlaku di negara ini. Sebaliknya, jika harganya masih diparas lama harga jualan di pasaran sekarang terus kekal,” kata Ismail Sabri.

Beliau yakin kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru baru ini dapat mengekang penyeludupan gula ke negara Thailand.

selendangrakyat :
Siap sedia la rakyat Malaysia yang baik hati dan penyabar. Kita bakal didahulukan lagi. Dahulu kena bayar.

Dekat-dekat nak pilihanraya ni dia bertukar jadi panglima perang pulak


Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'

selendangrakyat :
Sekarang ni ramai orang Melayu agama Islam tapi dah macam tiada agama. Berjudi, minum arak dan berzina dah macam perkara biasa. Brahim Ali tak nak perangi mereka ni ke?

TERKINI