19 April 2011

Jom Boikot Restoran Mamak

"KIMMA juga begitu setia membantu jentera pilihanraya Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya kecil dan umum. Kemuncak kepada segala usaha KIMMA dalam membela nasib masyarakat India Muslim di negara ini maka pada 27 Ogos 2010 KIMMA diterima  sebagai Ahli Gabungan UMNO. Sesungguhnya ini merupakan satu pengiktirafan bagi seluruh masyarakat India Muslim dinegara ini. Semoga dengan pengiktirafan ini maka segala keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat India Muslim dapat diurus dengan baik hasil kerjasama erat dengan UMNO yang menjadi parti tunjang Barisan Nasional."

Buat E-mel pun sampai RM50 juta?


PETALING JAYA: Projek e-mel percuma melalui sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang bernilai RM50 juta merupakan satu lagi projek jenaka yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat di  negara ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjelaskan lagi bahawa usaha kerajaan- menerusi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),  tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.
“Projek ini dimasukkan ke dalam projek utama dalam EPP di bawah ETP yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan dan melipatgandakan pendapatan rakyat.
“Tetapi rakyat boleh nilai sendiri bentuk projek yang ada dan ditawarkan kerajaan samada mendatangkan pulangan kepada rakyat,” ujarnya.
Selain menyifatkan projek e-mel 1Malaysia itu bukan idea yang bernas, Rafizi juga mempersoal cara kontrak tersebut diberi kepada Tricubes Bhd, yang dipercayai sebuah syarikat yang hampir muflis.
Tricubes Bhd disenarai sebagai ‘GN3 Companise’ dalam Bursa Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.
Justeru itu pemberian kontrak e-mel percuma itu adalah sekadar usaha kerajaan untuk menyelamatkan syarikat berkenaan, yang hampir pasti dilakukan melalui rundingan terus.
“Kita mahu tahu bagaimana tender ini diberikan kepada sebuah syarikat yang rekod kewangannya begitu buruk.
“Projek ini memang sah kita tahu direct nego. Jadi projek nego seperti ini sudah tentu kita tahu orang di belakangnya ada hubungan yang rapat dengan kerajaan,” ujarnya.
Menurut Rafizi, rakyat di negara ini tidak memerlukan e-mel percuma tetapi apa yang lebih penting adalah kemudahan infrastruktur yang lebih baik, terutama di kawasan pedalaman.
“Kalau rakyat di kawasan pedalaman, bukan lah kerana mereka tidak ada email tetapi kerana akses internet yang tidak ada.
“Orang perlukan elektrik, bekalan air dan khidmat pendidikan yang lebih baik. RM50 juta itu sepatutnya diberi kepada sekolah-sekolah.
“Kerajaan sepatutnya lebih tumpukan liputan internet dan bukannya emel percuma,” katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.
Najib ketika merasmikan projek berkenaan berkata, penyediaan emel itu bagi membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.
Ia juga dikatakan bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.
Projek itu termasuk dalam tujuh projek baru yang diumum Najib hari ini dalam program ETP, yang sehingga kini dikatakan telah menjana pelaburan RM106.405 bilion.
Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.

Pelik! Pelik!

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.
Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.
"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).
"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).
"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan polis semalam yang menyatakan bahawa trio berkenaan mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks tersebut.

'Tunjuk semua, biar terang'
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa satu video pendek yang tersebar di Internet sejak awal bulan ini merupakan sebahagian daripada video penuh sepanjang 22 minit.
Shuib bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu bagaimana video berkenaan boleh tersebar di Internet memandangkan rakaman asal dan serta satu salinannya telah diserahkan kepada polis.
"Ada satu (rakaman) asal, ada satu salinan. Semuanya polis telah ambil, kesemuanya sekali," tambahnya.
Namun, Shuib turut mengakui bahawa beliau turut berasa terkejut apabila mengetahui bahawa video pendek itu telah berlegar di Internet.
Jelasnya, beliau tidak tahu menahu mengenai tulisan dalam bahasa Thai yang tertera di imej video pendek tersebut.
"Semuanya buat di sini," katanya lagi yang turut menafikan spekulasi bahawa video berkenaan mungkin dirakam di negara berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa supaya pihak polis membuat pemeriksaan DNA ke atas seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi penggambaran berkenaan.
"Sepatutnya (polis) buat (ujian) DNA sebab dekat situ mungkin ada daki (pelaku seks tersebut," tegasnya.
Jam tangan berkenaan juga telah diserahkan kepada polis, katanya lagi.
Video lucah versi penuh itu ditayangkan kepada sekumpulan wartawan oleh Shuib dan dua lagi individu – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan juga seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Selain tayangan pada 21 Mac kepada sekumpulan wartawan yang diadakan di sebuah hotel ternama, video berkenaan juga telah ditunjukkan kepada beberapa orang individu berkepentingan.
Timbalan pengarah jabatan siasatan jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani semalam dilaporkan berkata, individu terbabit mungkin dikenakan tindakan memandangkan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan itu menjurus kepada pihak yang menayangkan video berkenaan.
-Malaysiakini-

S/R : Pemberita tu bukan orang ramai ke? Kalau tak nak sebar lapor pada polis je, tak payah penat-penat buat wayang lucah....

KALAU TAK MAMPU BAYAR CUKAI,BIAR KAMI AMBILALIH UUM - MB KEDAH




Negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang paling kurang kontroversi - Kedah beberapa hari lepas dihangatkan dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang kecewa kerana kerajaan negeri Kedah telah bertindak menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia sebanyak sepuluh kali ganda tahun ini.

Menurut menterinya,Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin,kerajaan negeri telah bertindak menaikkan cukai tanah tahunan universiti terbabit daripada RM150 000 setahun kepada RM1.8 juta setahun.

Khaled dalam kenyataannya itu berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang cuba untuk membebankan pusat pengajian tinggi awam dengan bayaran cukai tanah yang terlampau tinggi.Khaled juga nampaknya kecewa dengan masalah yang menimpa Universiti di utara tanah air itu yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air sejak setahun yang lalu di mana pihak universiti terpaksa membelanjakan sehingga RM90 000 sebulan bagi menanggung kos mengangkut air dari luar.

Secara umumnya,Khaled dilihat cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri yang menurutnya patut berbangga dengan kewujudan UUM di Sintok,bukannya membebankan pula universiti terbabit.Malah,isu air yang membelenggu universiti tersebut dilihat mahu disalahkan kepada kegagalan mengurus oleh kerajaan negeri Kedah dalam soal memberikan kesejahteraan kepada para penuntut universiti di Kedah.

Khaled kemudiannya membuat kenyataan bodek yang memuji-muji partinya sendiri dengan menyatakan sekiranya Umno yang memerintah Kedah,ia tidak akan membebankan universiti dengan bayaran cukai tanah yang begitu tinggi.


Universiti Utara Malaysia Sintok khabarnya menghadapi masalah air
yang agak serius
Sebagai seorang pembaca yang tidak terikat kepada hanya satu sumber berita,aku cuba mencari-cari kebenaran di sebalik kenyataan Menteri Khaled Nordin itu.Tindakan Khaled itu walaupun kononnya nampak prihatin pada nasib institusi pengajian tinggi,tetapi hakikatnya beliau cuba untuk menunjukkan kelemahan kerajaan Pas Kedah dalam mentadbir negeri.

Perkara ini juga nampaknya mula diulas oleh blogger celaka upahan Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan Kedah yang dikatakan cuba mencekik darah kepada universiti.Yang menghairankan,apabila kerajaan Kedah membongkarkan salahlaku syarikat GLC negeri ketika pemerintahan Umno yang memberikan sumbangan kepada Umno dan beberapa orang pemimpin Umno Bahagian,blog-blog celaka ini diam seribu bahasa.

Apapun,mujurlah Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah cepat bertindak untuk respons dalam isu ini.Ketika ditanya oleh beberapa orang pemberita semalam,beliau telah menjelaskan secara terperinci akan keadaan sebenar mengenai dakwaan kenaikan cukai tanah UUM oleh Menteri Khaled Nordin terbabit:

 


Fakta kes adalah seperti berikut,mengikut transkrip asal ucapan Ustaz Azizan:


Pada tahun 2006 hingga 2008,tanah UUM telah dibuat rebate oleh kerajaan pada masa itu.Sepatutnya, mereka perlu membayar RM1.2 juta.Tetapi UUM tidak mempunyai duit dan minta dikurangkan,kita bagi RM100 000 sahaja untuk dua tahun.


Lepas 2009,kita ambil,kita mintalah duit itu balik.Bukannya naikkan cukai tanah.(wartawan : rebate ya?).Ha, hak dulu tu rebate.Faham tak?Dia tak faham tu dia salah dapat penerangan daripada orang.Dulu rebate.Dua tahun,lepas itu habis tempoh kerajaan negeri mintak baliklah duit tu.Itu duit kerajaan Kedah.


Sebelum ini RM1.2 juta dia bayar.Tu dia bising pasal 100 ribu.La ni naik 1 juta,sepuluh kali ganda depa kata. Betul lah.Dulu depa turunkan harga itu.


(Wartawan : start bila tu?).2006.(Wartawan : 2006-2008 hak rebate,lepas tu harga biasa?)Ha biasalah.Kita bagi dua tahun.Biasa kita buat amalan biasa.Memang kita buat rebate.Kalau mereka buat rayuan kita buat rebatelah sat.Pastu kita ambil balik.


Negeri Kedah ni pun nak bergantung pada duit hasil tanahlah.Bukan kita tambah tinggi apa-apa.Dah kerajaan negeri tak pernah buat satu circular baru untuk penaik cukai tanah.Baru turun tiga tahun,takkan nak naik?


(Wartawan : Ada tak pihak UUM consult dengan Datuk Seri apa ka untuk kali ini?)Nak consult apa,depa kena bayarlah tu.Dia dapat duit Kementerian Pendidikan (Tinggi).Bukan duit sekolah dia.


Kalau depa tak ada duit,bagi kami ambil sekolah tu.Pajak kamilah.


(Wartawan : ni masalah ayaq (air) kat UUM?).Tak itu lagi masalah diorang.Itu masalah dalaman UUM.Kita beri paip ayaq berlubang.Faham tak berlubang?Boleh supply semua di negeri utara,apa di bahagian kita.


Masalah diorang sekarang,diorang tak siapkan insfrasturuktur untuk warga UUM yang makin bertambah.Dulu dia buat paip itu,dengan tangki untuk 10 000.Sekarang 30 000!Dengan padang golfnya,dengan hotelnya. Keluar ayaq semacam.


Okay as anexample.Katakan rumah saya,ayaq masuk rumah saya paip satu inci.ataupun tiga suku inci,okay?
Akhirnya,tiba-tiba saya naikkan rumah saya sampai berapa banyak.Sudah naik sepuluh biji rumah belakang saya.Paip masuk satu lubang yang sama.Tentulah maknanya ayaq tu tak cukup.Salah pihak JBA ka salah pihak saya?


(wartawan : dia(UUM) kena upgrade).Ya,dia kena upgradelah.Suruhlah kementerian bagi duit.Ha, kementerianlah kena upgrade dalam tu.Kalau tak serah pada kami,kami nak ambik UUM.Nampak tak dak duit sangat.Okay?



-kamisokongpas-

Polis tolak tuduhan SPRM bahawa Sarbani bunuh diri


WarkahDaily – Polis mengesahkan kes kematian Sarbani tiada unsur bunuh diri seperti yang didakwa oleh pihak SPRM. Jelas pengesahan itu telah menolak tuduhan semberono badan itu terhadap mangsa.

Laporan Kosmo menyebut
Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.

Yang menjadi persoalan, kenapa begitu cepat SPRM membuat tuduhan bahawa kematian mangsa disebabkan bunuh diri. Padahal tuduhan jelas tidak betul seperti apa yang disahkan pihak polis hasil siasatannya.

Apakah ianya kerana untuk menyelamatkan diri dari kes kematian itu atau ada suatu rahsia besar yang hanya diketahui antara pihak atasan SPRM dan mangsa, Sarbani.

Diharap kematian Sarbani akan dapat pembelaan yang seadilnya kerana ini bukanlah kes pertama seumpama itu berlaku yang ada kaitan dengan SPRM.

TERKINI