19 October 2012

Proton Preve lagi murah di Australia


Proton perkenal model Preve di Australia

SYDNEY 18 Okt. - Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kereta terbaharunya, Proton Preve buat julung-julung kali di luar negara pada Australian International Motor Show (AIMS) 2012 di sini hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, Proton Cars Australia (PCA) membuka tempahan untuk Preve mulai hari ini dan penghantaran kereta jenis sedan tersebut dijadualkan bermula pada Januari 2013.

Menurut beliau, Preve dijual pada harga serendah AUD18,990 (RM58,560) menerusi rangkaian 34 pengedar di seluruh Australia.
"Selain Preve, Proton dijangka akan memulakan jualan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora di Australia pada pertengahan tahun depan.

"Dua model terbaharu Proton itu selaras dengan hasrat kami untuk menawarkan kereta mampu milik berteknologi tinggi kepada para pelanggan di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi pelancaran Preve dan pengenalan Exora di AIMS 2012.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi PCA, Kay Amies.

Mohd. Khamil memberitahu, Proton menyasarkan jualan sebanyak 4,000 kenderaan pelbagai model di Australia tahun hadapan berbanding purata 2,500 kenderaan setahun setakat ini.

Jelas beliau, sasaran itu adalah realistik dan pengenalan Preve serta Exora akan memberi kelebihan kepada Proton berbanding pesaing-pesaing dalam segmen yang sama.

"Kita juga sedang merancang untuk memperkenalkan Preve 'hatchback' khususnya di pasaran Australia dalam masa 10 bulan lagi," ujarnya.


Harga di Malaysia?Rujuk sini

Rakyat didahulukan bayar lebih....



No comments:

Post a Comment

TERKINI