03 May 2011

Tahniah! Media Malaysia setaraf Madagascar dan Angola



SHAH ALAM 3 MEI : Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sebuah negara demokrasi selagi tidak mengamalkan kebebasan media secara mutlak.

Tokoh wartawan, Said Zahari berkata kebebasan media adalah editor dan wartawan bebas melaporkan sebarang bentuk berita yang sahih tanpa rasa takut.

Paling penting, Said Zahari berkata media seharusnya tidak terikat kepada mana- mana parti politik.

“Surat khabar ini dikuasai samaada oleh pemerintah atau orang orang yang punya surat khabar, ia digunakan untuk kepentingan perniagaan atau kepentingan kuasa mereka. Jadi saya tidak nampak bagaimana kebebasan media yang dicanang.

"Kebebasan akhbar ertinya menulis tanpa takut- takut, menulis tanpa bimbang diambil tindakan dan sebagainya," katanya.

Said Zahari berkata demikian mengulas laporan 'Kajian Kebebasan Akhbar 2011' yang dikeluarkan oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Laporan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia itu menyaksikan Malaysia sekadar menduduki tangga ke 143 daripada 196 buah negara yang memberi kebebasan kepada medianya.

Dengan hanya mendapat 64 mata, Malaysia berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di Benua Afrika.

Di Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja jauh meninggalkan Malaysia dengan Filipina menduduki tangga ke 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata.

Akhbar di Thailand pula menduduki tangga ke 138 dan Kemboja menduduki tangga ke 141.

Sementara Singapura sekadar menduduki tangga ke 150, manakala Brunei ditangga ke 163, Vietnam tangga ke 177, Laos tangga ke 184 dan Myanmar menduduki tangga ke 191.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

Said Zahari berkata, sepanjang penglibatannya dan pengalamannya berkecimpung dalam dunia media dinegara ini, Malaysia jauh dari landasan yang sepatutnya.

Beliau juga menegaskan permit penerbitan bagi semua media dinegara ini harus dimansuhkan, jika benar media dinegara ini diberikan kebebasan seperti yang dicanang pemerintah.

"Sebaik- baiknya surat khabar tidak perlu ada premit. Sebab kalau ada permit ertinya permit ini harus diperbarui. Kalau permit itu untuk setahun dan tiap- tiap tahun harus diperbaharui dan orang- orang yang berkuasa untuk memperbarui permit itu akan menggunakan kuasa mereka untuk menentukan surat khabar itu baru permit itu akan diberi," jelas Said Zahari.

KDN takut kepada perkataan 'RAKYAT'?

Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.

NONEWakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini.

"Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata (kanan) dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu.

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.

NONE"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.

Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.

"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya? 

Utusan 
aaa, atau Utusan tut,” katanya sambil berjenaka.











s/r : Bodoh benar ke rakyat Malaysia sampai perkataan 'rakyat' pun boleh mengelirukan mereka? Jangan memperbodohkan rakyat Malaysia dengan alasan yang bodoh. UBAH SEKARANG! MALAYSIA LEBIH SELAMAT TANPA BN!

'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

azlanDalam laporannya, Sallehuddin Muhamad, seorang professor madya dalam jurusan kejuruteraan melanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.

"Mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu,” kata Sallehuddin dalam laporannya.

NONESallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

azlanSuruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Perak: Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum?

Pemerintahan mestilah bertunjangkan persetujuan dan kehendak rakyat, dalam kata-kata Abraham Lincoln yang masyhur itu: 'sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'. Juga pemerintahan ini mestilah berdasarkan undang-undang, dan bukan berdasarkan kehendak seorang autokrat atau sekumpulan elit agama atau politik."-Kassim Ahmad

Malangnya "demokrasi telah mati" (Paul Kingsnorth). Rakyat Perak samasekali tidak boleh melupakan saat-saat tumbangnya kerajaan yang telah dipilih secara sah pada PRU 12 tahun 2008. BN menguasai semula Perak pada 5 Februari 2009 melalui kudeta atas sebab-sebab tertentu seterusnya menenggelamkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Tarikh 5 Februari 2009 merupakan sebuah tarikh bersejarah untuk Malaysia yang membuktikan "segalanya adalah mungkin". Tarikh yang memperlihatkan gagalnya institusi kehakiman negara dan perlembagaan negeri dalam memberi keadilan sewajarnya. Justeru, tarikh ini memperlihatkan bagaimana institusi istana dipergunakan sedemikian rupa oleh ahli politik berkepentingan. Langsung, tarikh ini adalah titik hitam yang terukir di hati dan jiwa majoriti rakyat.

Jelas dan terang bahawa ini merupakan pencabulan terhadap demokrasi. Zambry Abdul Kadir dari BN, telah dilantik sebagai MB yang baru menggantikan Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS mewakili Pakatan Rakyat: menerajui sebuah kerajaan yang keabsahannya diragui samasekali.

Dunia: Sekitar "rampasan kuasa"
Apatah lagi dunia! Rampasan kuasa bukanlah sebuah subjek janggal dan anda boleh mengganggapnya normal! "Rampasan kuasa" boleh dilakukan oleh siapapun dengan pelbagai cara: menggunakan tentera, undang-undang, jalan raya dan sebagainya. "Rampasan kuasa" berlaku atas kehendak dan keperluan-keperluan tertentu adapun wujud perbezaan dari idea dan pelaksanaannya.

Mari kita imbas kembali beberapa siri rampasan kuasa yang pernah berlaku.

Suka saya mengambil contoh bagaimana Kerajaan Bani Ummaiyyah telah dijatuhkan oleh kelompok yang ditaja oleh Ali bin Abdullah dikenali kemudiannya sebagai Kerajaan Bani Abbasiyyah. Kerajaan Bani Umaiyyah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah. Maka, berlangsunglah kekuasaan Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga beberapa abad kemudian sehinggalah tentera pimpinan Hulagu Khan dari Mongolia menumbangkan kerajaan ini pada tahun 1258.

Di sekitar nusantara. Banyak peristiwa rampasan kuasa dan penaklukan yang telah berlaku. Dari Majapahit sehinggalah Kesultanan Melayu Melaka. Satu contoh; peristiwa sekitar abad ke-15 bagaimana Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang apabila Portugis berjaya menawan Kota Melaka. Daripada peristiwa ini; Sultan Mahmud telah mendirikan Kesultanan Johor manakala anakandanya pula telah mengasaskan Kesultanan Perak.

Atas kesedaran idea kebebasan, nasionalisma dan sosialisma. Kita disaksikan pula bagaimana Revolusi Perancis sekitar tahun 1848 telah mencetuskan Revolusi Eropah yang menunjukkan kesepakatan rakyat dari kelas pekerja dan menengah bangkit melawan penguasa dengan tuntutan-tuntutan pembaharuan. Rakyat dengan segala kekuatan dan semangat yang ada turun ke jalan raya- sepertimana yang pernah berlaku seperti Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyaksikan tumbangnya Dinasti Pahlavi yang sekian lama memerintah.

Begitu juga "rampasan kuasa" yang telah berlaku di Tunisia dan Mesir pada tahun ini dan bagaimana ia mempengaruhi negara-negara timur tengah yang lain. Berbeza pula di Thailand pada tahun 2006 di mana rampasan kuasa telah dilakukan pihak tentera ke atas kekuasaan Thaksin iaitu Perdana Menteri Thailand ketika itu merangkap "jutawan telekomunikasi" yang popular ia lantas memperlihatkan bagaimana peri pentingnya kuasa tentera dalam mengawal suasana politik dan keselamatan negara.

Di Malaysia; rampasan kuasa di Perak bukan perkara yang baru. Ia telah berlaku di era pimpinan Mohd Asri Muda sebagai Presiden PAS pada tahun 1977. Suka ataupun tidak, rampasan kuasa di Perak ini merupakan realiti pahit yang perlu dihadapi bersama. Rasanya mungkin sukar bagi UMNO-BN untuk mengambil alih pentadbiran Perak sekiranya Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang lebih besar lebih-lebih lagi jika PAS berada dalam jumlah kerusi yang selesa seperti DAP. Untuk menebus kembali maruah dan memperoleh keadilan sewajarnya, Pakatan Rakyat perlu memenangi lebih banyak kerusi seterusnya memerintah Perak. Apatah lagi, soal "rampasan kuasa" ini melibatkan isu "ketuanan", "Islam" dan "survival Melayu" justeru, PAS dilihat sebagai parti yang mewakili majoriti Melayu dalam Pakatan Rakyat.

Soalnya sekarang; mampukah PAS meraih lebih banyak kerusi untuk PRU ke 13 nanti? Apakah ada jalan untuk PAS meraih undi Melayu dalam "mengimbangi" kuasa politik dalam Pakatan Rakyat di Perak?

Rampasan Kuasa dan Retorik PAS ganti UMNO?

Semestinya, kita ternantikan keputusan PRU ke-13 walaupun ia belumpun bermula. Apakah ia seperti yang dijangkakan. Namun, saya pasti persoalan ini sentiasa menghantui BN: akankah berulangnya kemenangan Pakatan Rakyat di Perak? Persoalan yang menggerunkan bukan?

Dalam kawasan majoriti Cina, kita boleh letakkan DAP dalam keadaan yang paling selamat. Lalu, perkara yang akan berlegar difikiran kita adalah bagaimana pula penerimaan masyarakat Melayu Perak terhadap perjuangan Pakatan Rakyat yang digambarkan sebagai "mimpi ngeri" dalam ucapan bajet 2011 oleh Zambry yang lalu.

Persoalan yang timbul ialah berkisar kepada kemampuan PAS dan PKR mempertahankan kerusi sedia ada dan yang paling mustahak ialah untuk menambah kerusi di peringkat DUN dalam masa pilihanraya umum akan datang. PAS pula mendakwa mereka sebagai parti paling sesuai menggantikan UMNO. Persoalannya, mampukah PAS mengalihkan sokongan masyarakat Melayu kepada mereka? Apakah rasional PAS mengatakan mereka layak menggantikan UMNO sedangkan PAS adalah sebuah parti berteraskan Islam manakala UMNO bertunjangkan kebangsaan Melayu? Selain itu, ia merungkai persoalan apakah masyarakat Melayu itu sendiri bersedia untuk berubah?

Mungkin, jumlah kehadiran audien yang ramai di majlis-majlis penerangan Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang kerap dianjurkan seluruh negeri dewasa ini antara fenomena yang menggusarkan UMNO-BN dan sedikit sebanyak memberi kekuatan moral kepada PAS. Mungkinkah ini merupakan petunjuk peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat umumnya?

Cabaran kuat untuk PAS adalah bagaimana meyakinkan pengundi seperti di Pasir Salak dan Manjoi bahawa memilih PAS sebagai wadah perjuangan bangsa adalah lebih baik dari memilih BN. Saya juga amat tertarik perenggan akhir tulisan Ahmad Lutfi Othman dalam artikelnya berjudul "PAS parti paling kritikal dalam Pakatan Rakyat?" antara lain menyarankan agar PAS tidak meletakkan kehodohan wajah UMNO-BN semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Benar sekali!

Bajet Zambry 2011: Tutup Salah?
(Baca-sekiranya PRU ke 13 berlangsung pada 2011)

Mungkin: selain tanggungjawab kerajaan negeri - Dalam soal pendidikan (Baca: masyarakat bukan Melayu) pentadbiran Zambry telah memperuntukan sebanyak RM2 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh manakala sebanyak RM4.5 juta pula diperuntukkan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, tokong, gereja, gudawara dan wat Siam.

Kerajaan Perak juga dilihat prihatin apabila telah meluluskan sebanyak RM2 juta untuk pembinaan krematorium yang mesra alam manakala sebanyak RM5.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Perak untuk pembangunan pusat tahfiz, pejabat agama dan penyelenggaraan masjid-masjid seluruh negeri. Untuk Perkhidmatan Masyarakat dan Luar Bandar pula, kerajaan negeri telah memperuntukan bajet pembangunan sejumlah RM58 juta.

Bajet Negeri Perak 2011 antara lain cuba mendekatkan kerajaan dan rakyat. Apakah penambahan peruntukan pada bajet 2011 ini mampu untuk menjernihkan hubungan kedua-dua pihak (kerajaan dan rakyat). Mungkin sebahagian kita bersikap skeptik; Adakah bajet mesra rakyat pentadbiran BN di Perak ini sama dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mengambil sikap merakyatkan ekonomi negeri dengan pelaksanaannya yang berhemah, telus dan berintegriti? Persoalan lain; Apakah peruntukan pembangunan yang diluluskan sebanyak RM273 juta (berbanding RM179 juta pada 2010) ini akan menjadikan rakyat bersikap lebih apresiasif? Perlukah rakyat bersikap apresiasif, dalam maksud lain (politically) akan melonjakkan lagi sokongan mereka kepada BN?

Kita tidak pasti apa respon rakyat Perak terhadap bajet yang diperuntukkan ini dan sejauh mana ia mampu mengubah pendirian sebahagian mereka terhadap isu pemerkosaan demokrasi yang telah berlaku selain menguji kemahiran "berkempen" 817 Pengerusi JKKK yang telah mendapat pertambahan elaun sebanyak RM50 menjadikan jumlah elaun mereka RM800 sebulan.

Dan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kembali DUN Perak; apakah akan berulangnya pembelotan terhadap pilihan rakyat ini? Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Kita tetap tidak boleh membuat andaian bahawa BN akan terus berkuasa di Perak, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua pihak; samada BN dan PR, punya strategi dan percaturan tersendiri.

Perak: Lahirnya ramai tokoh pejuang

Insiden rampasan kuasa dan peralihan kerajaan secara tidak wajar ini membuktikan bagaimana sistem perundangan negara jelas ditunggangi ahli politik. Pada masa yang sama, UMNO-BN harus bersyukur kerana majoriti rakyat masih sabar dan tidak melakukan sebarang tindakan subversif terhadap kerajaan negeri. Kaitan rampasan kuasa dan PRU? Ya. Persoalan yang baik. Kemenangan Pakatan Rakyat sekali lagi di Perak sangat penting dalam memastikan keadilan boleh ditegakkan sewajarnya.

Dalam konteks negeri Perak, menghitung detik PRU ke 13, pelbagai persoalan timbul. Apakah rakyat masih lagi terinspirasi dengan perjuangan Pakatan Rakyat? Adakah kemelut pencabulan demokrasi ini masih memberi kesan kepada hati rakyat? Dan bagi PAS; berjayakah mereka mengubah persepsi Melayu? Manakala bagi BN, apakah kepimpinan Zambry mampu untuk menarik semula sokongan majoriti rakyat terhadap BN? Apa pula trend pengundi pada kali ini? Semua persoalan ini masih menjadi persoalan.

Di sebalik apa yang telah berlaku. Rakyat negeri ini harus tahu bahawa Perak merupakan negeri bertuah. Negeri yang tersemat dengan semangat dan perjuangan. Ia menyaksikan lahirnya ramai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tanah air antaranya Abu Bakar al Baqir, Rashid Maidin, Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Chin Peng dan ramai lagi tidak disebutkan di sini. Mungkin-Suatu masa nanti, kebenaran akan menang. Maka jangan hairan, jika semangat dan perjuangan pejuang-pejuang ini terus membara di segenap hati rakyatnya. Jangan sampai rakyat menjadi seperti Si Puntum yang menikam Birch ketika mandi di Sungai Perak lalu puaslah hati Dato' Maharajalela lantaran dendamnya tertunai!




-merdekareview-

TERKINI