10 May 2011

Amaran kepada peniaga hanya kerajaan sahaja yang boleh naikkan harga


Pura-puraJaya, 10 Mei :Di atas keprihatinan kerajaan BeNd telah memberi amaran keras kepada peniaga iaitu peniaga diingatkan tidak menaikkan harga makanan. Ini adalah kerana peniaga-peniaga di Malaysia didapati hidup terlalu mewah berbanding pemimpin kerajaan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak kais tak dapat apa-apa. Mereka juga tinggal di rumah kos rendah tanpa lif dan hanya menaiki kereta buruk.
Kerajaan juga takut rakyatnya, selalu sakit seperti kencing manis. Jadi rakyat jangan gatal-gatal nak minum air ada gula. Yang hanya boleh dapat penyakit ni hanya pemimpin-pemimpin kerajaan.
"Cuba lihat negara Afrika, mereka tak minum air gula sebab tu mereka tak kena kencing manis." kata Menteri kesihatan.Begitu bersungguh-sungguh kerajaan menjaga rakyatnya.
Pihak kerajaan juga akan memantau peniaga dengan mengarahkan setiap kedai diletakkan jaga. Serbuan akan terus dilakukan sekiranya peniaga jual mahal. Pasukan rela dan fru juga akan membantu mengawal situasi.
Perbandingan harga gula yang rendah dengan negara lain juga menyebabkan kerajaan tak senang duduk.
"Mana boleh negara lain untung banyak jual gula, kita pun nak untung juga." kata menteri  kewangan pula.
"Jadi rakyat diminta terus menyokong kerajaan kerana kami belum puas lagi menaikkan harga, eh! silap menurunkan subsidi segala macam barang yang ada ni."sambung beliau lagi.
 Sekian sahaja berita sarkis hari ini. Laporan Karam kapal. Tima kaseey.

S/R : Berita untuk para badut politik.

TERKINI