25 May 2011

Subsidi IPP: Lagi pendayaan, penipuan BN

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.
NONESetiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pendayaan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

Katanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.-Msiakini-

Penangguhan kenaikan elektrik & RON 95

Tiada keputusan kenaikan tarif elektrik, RON95

Jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga menganggotai majlis itu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang akhbar petang ini berhubung isu subsidi.Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

Mentaliti pemimpin UMNo : Cabaran bodoh sombong turunkan harga barang

Utusan Meloya 24 Mei : Cabar negeri pembangkang turunkan harga barang 

Utusan Meloya 25 Jan: Pembangkang dicabar turunkan harga barang 

Hairan pemimpin jenis ini yang diangkat sebagai ketua penerangan UmNo bila dah tak tahu nak jawab apa dengan rakyat, tepis pada pembangkang. Siapa yang mengawal harga semua barangan seperti harga petrol, gula dsbnya? Bukan kerajaan pusat ke? Kalau macam tu harga barangan kat Terengganu patut murah sebab dapat wang ehsan ratusan juta ringgit. Harga barang kat Sarawak pun patut murah sebab ada balak berjuta ringgit.

Kalau subsidi ditarik balik pun yang untung kerajaan pusat, yang merembat pun diorang. Tolonglah jangan buat lawak sarkis! Cuba cabar bila PR dah ambil alih kerajaan pusat.Baru betul..




Macam-macam ada : Kucing pula kena lokap




SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

“Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

“Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.


Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.


S/R :

Di Malaysia semua boleh jadi. Lepas ni mungkin kucing akan didakwa kerana kesalahan meliwat.

TERKINI