31 January 2011

Perjuangan Islam diteruskan..

Kekalahan Pas di Dun Tenang seperti sudah dijangka. Johor masih lagi kawasan selamat buat BN. Namun perjuangan perlu diteruskan. Syabas buat Pas dan Pakatan Rakyat yang terus bersabar dalam mengharungi politik Malaysia yang hancing ini. Masih ada rakyat yang terus lena dibuai mimpi sedangkan tangan-tangan rakus terus menghancurkan negara ini. Bangkitlah! Bangkitlah! Bangkitlah

30 January 2011

TAHUN 2011 : TAHUN KEBANGKITAN

20 January 2011

Al-Fatihah : ADUN Merlimau Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.-sumber

14 January 2011

Kekuasaan Allah di Gaza


Banyak ayat-ayat Allah terbukti di Perang Gaza. Karamah Allah turun untuk membantu orang yang membela agamanya. Itu yang dialami oleh mujahidin Palestin, para syuhada Gaza. berikut data-datanya

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Darurat dan Departmen Kesihatan di Gaza menceritakan:
“Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih menitiskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…”
Subhanallah….
Photobucket
2. Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, darahnya masih segar.”
3. Beberapa doktor Jordan yang menjadi sukarelawan di Gaza memberi bukti:
PhotobucketDr Hisam Az Zighah memberi bukti itu di acara Festival Ikatan Doktor Yordan beberapa hari yang lalu. Kepada wartawan Hisam menunjukkan bukti iaitu sebutir peluru, Al-Quran serta buku kumpulan doa-doa, Hishnul Muslim.
Semasa itu datang seorang mujahidin yang cedera di hospital As Syifa’. Doktor-doktor tersebut melakukan pemeriksaan. Doktor itu dikejutkan dengan sebutir peluru yang ditemui di dalam kocek pejuang tersebut.
4. Ada lagi pengakuan Abu Qudamah, salah seorang komandan lapangan Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza:
“Saya dan beberapa mujahidin mengintai kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentaraNya dari langit membantu kami. Mendadak turunlah awan tebal menyelimuti kawasan kami. Kami menyelinap di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh musuh. Anehnya tidak terlihat oleh kapal-kapal terbang pengintai yang lalu-lalang di udara. Kami mampu meletupkan tangki kereta-kereta kebal itu, akibatnya 5 orang tentera Israel mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera.”
Ketika kapal terbang-kapal terbang Israel membedil bom di salah satu kota Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu saja. Pesawat-pesawat itu tergendala berjam-jam dan tidak boleh meneruskan pengebomannya..
Photobucket
5. Syeikh Abu Bilal di perkemahan Rafah menuturkan:
“Kamu jangan mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah:154.
Allah swt. berfirman:
Beliau menambahkan bahawa “Jasad para syuhada masih segar, kerana roh mereka selayaknya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan beradab-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh cacing tanah.”
Wangi semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad perajurit Al Qassam, Muhammad Abu Sya’r. Mereka adalah sebahagian mangsa serangan bom kapal terbang Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menjumpainya. Khabar kesyahidannya tersebar ke semua pelosok masjid.
Para pemuda masjid ramai datang untuk melihat. Mereka bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah atas keajaiban para syuhada.
Photobucket
6. Petugas perubatan menceritakan, kami berangkat untuk menolong orang yang luka-luka di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak sekeliling kaki kami. Kami katakan:
“Kenapa kalian melakukan ini, kami bukan tentara, kami tidak bawa senjata apalagi bom.”
Salah seorang tentara Israel berteriak: “Kalian orang Arab, kalian memakai pakaian putih, kalian malaikat, kalian berperang bersama Hamas.”
7. Ada juga tentara Israel sedang diwawancara oleh media Israel, ia mengatakan kehilangan penglihatan kerana seorang pemuda, melemparkannya dengan segenggam debu. Pemuda itu berbaju putih. Seketika itu buta.
8. Tentara Israel lainnya menceritakan, bahawa mujahidin memberikan perlawanan memancing mereka dalam banyak pertempuran laksana memancing ayam dan itik.
Pengakuan tentara Israel yang lain, ia melihat tentara Israel terluka dan ditembak dari arah kanan dan kiri. Bingung, tidak dijumpai dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.
9. Sejumlah wartawan yang melaporkan perang di Gaza menceritakan, kami bersembunyi dari bom. Ketika situasi reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari runtuhan bangunan sambil membawa pelancar roket. Dia hadir, menyerang dan menghilang, seperti ditelan bumi.
Demikian, Allah SWT telah menampakkan ayat-ayatnya, melalui para pejuang yang ikhlas dan taat. Allah pasti selalu memberi perindungan kepada hamba-hambaNya yang membela agamanya. Janji Allah datang bersama kesabaran. Allah tak akan mengingkari janjinya!
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net

PETRONAS UNTUNG BESAR RAKYAT MENAHAN LAPAR

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.

Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.
Ini bermakna kerajaan menggunakan kaedah baru untuk mengutip cukai. Hanya berada di stesen minyak sahaja maka rakyat akan membayar cukai pada setiap leter petrol yang di beli. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95


94. “Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.”

Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh  rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.

Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?

Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)” Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: “aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki”. Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.

Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat
Ibn Khaldun berkata : “Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara”. Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-

Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:

Bil
Negara Pengeluar Minyak
Nilai RM
1.
United Arab Emirates
RM1.22 seliter
2.
Baharin:
RM0.89 seliter
3.
Qatar
RM0.72 seliter
4.
Kuwait
RM0.69 seliter
5.
Libya
RM0.46 seliter
6.
Arab Saudi
RM0.39 seliter
7.
Iran
RM0.36 seliter
8.
Nigeria
RM0.33 seliter
9.
Turkemenistan
RM0.26 seliter
10.
Venezuela
RM0.16 seliter
11.
MALAYSIA
RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER

Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat.  Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.

Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta”.

Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.
(Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak)

13 January 2011

RMT : Rakyat dahulu kena


RMT: Kerajaan nafi hak pelajar miskin
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin
 dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya
dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan
 BN kononnya ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
[KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan
 agar RMTditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam).
“Ini dilihat akan memberi kesan  kepada ribuan pelajar miskin yang berada
di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut,” ujarnya.
Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana
bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan
 tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran
dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.
Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada
 sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan
sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.
“Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?
“Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?” soalnya.
Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar
 daripada kerajaan berhubung perkara itu.

09 January 2011

DERMA DARIPADA HAMBA ALLAH MEMBANTU MEMBINA SURAU

PASPB

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut di BATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.

-sumber

SUK : Belajar daripada krisis Perak

Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.

SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya. MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.

Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !

Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ? Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.

Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak ¡®mesra PR¡¯ (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun ¨C termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.

Apa yang telah berlaku di Perak?

Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.

Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.

Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya.

Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.

Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah.

Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.

Dalam sidang DUN Perak dirsertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK.

Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :

i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.

ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato¡¯ 2 bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.

Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.

UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.

Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.

Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.

Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.

Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai ¡°absolute monarch¡¯ dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengabsahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.

Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman. 

Dr Khairuddin Abdul Malik,

Ahli Majlis Perunding MAPIM.
TPJ PAS Perak

Makan cara Nabi Muhammad S.A.W

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
-SUMBER

Harga Minyak Naik, Rakyat Tanggung Beban

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa kehadiran tahun  rakyat sekali lagi ditipu oelh kerajaan BN apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba baru-baru ini. 

Menurut beliau hal ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dibawah tadbiran BN  tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal Disember 2010 lepas.
Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan bahawa  tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.
Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji, tegas beliau.
Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.
PAS Perak, turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. PAS Perak juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi, jelas beliau.
Pesuruhjaya PAS Perak itu beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.
Beliau mempersoalkan bukankah kerajaan BN menggambarkan keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi mengapa mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.
Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Memetik ucapan beliau, “Kini sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka” -sumber

TERKINI