18 April 2011

Ala Baru RM8 juta bro....

Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:



Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.

 

Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

Pembida Tertinggi Berpeluang Cukur Bulu Kaki Billionaire Richard Branson



KUALA LUMPUR: Apabila memperkatakan mengenai perniagaan AirAsia, ia akan berkait rapat dengan sesuatu yang luar biasa dengan percubaan terbaharu mereka melibatkan lelongan "mencukur kaki" Sir Richard Branson sebelum beliau memulakan penerbangan amal AirAsia dari London ke Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.
Kosnya tidak kurang daripada Pound Sterling 400,000 - harga permulaan bagi pembidaan itu.
"Pencukur akan diserahkan kepada pembida tertinggi, atas nama kerja amal," kata satu kenyataan daripada AirAsia, Isnin.
Para pembida mestilah mempunyai tiket pengesahan untuk penerbangan amal atau ke "Charity Evening".
Bidaan akan mengambil tempat di majlis pra pelepasan di Stansted. Pembida yang berjaya akan dijemput untuk mencukur kaki Richard sebaik sahaja beliau muncul sebagai krew penerbangan AirAsia, di hadapan media dan tetamu dunia.
"Sebagai krew penerbangan AirAsia, Richard mesti mematuhi standard perapian diri kami dan itu termasuklah mencukur bulu kakinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes.
Richard telah bersetuju dengan terma itu selepas kalah dalam pertaruhan dengan Tony menerusi pasukan perlumbaan Formula One masing-masing, iaitu Virgin dan Team Lotus tahun lepas.
"Daripada saya mencukur dia sendiri, Richard dan saya rasakan kami boleh jadikannya seperti satu hiburan santai dengan melibatkan tetamu kami dan mengumpul lebih banyak wang untuk tujuan amal jika kami bukakan peluang ini kepada pembida tertinggi," kata beliau.
Tiket-tiket penerbangan amal istimewa AirAsia ini boleh diperoleh pada harga Pound Sterling 4,500 untuk pergi-balik sementara pakej penerbangan dan penginapan bermula pada harga Pound Sterling 5,000 untuk penginapan seorang dan Pound Sterling 5,200 untuk perkongsian dua orang.-mstaronline-
S/R : Kerja amal ke atau jadi balaci? Siapalah yang akan jadi insan 'bertuah' tu?

Tentera Syria tembak penunjuk perasaan

Tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 13 penunjuk perasaan pro-demokrasi di Bandar Homs, lapor aktivitis kepada Agensi berita AFP
Pembunuhan berlaku pada malam Ahad semasa demonstrasi mendesak pengunduran Presiden Bashar al-Assad merebak ke seluruh negara.

Wakil Al Jazeera's, Rula Amin, di Damascus, melaporkan situasi tegang di Homs dan "rakyat mengatakan terlalu ramai yang cedera tetapi tidak mahu ke hospital kerana takut angkatan tentera melarikan mereka."

Pengebumian untuk mangsa dirancang selepas waktu Zohor pada hari Isnin di Masjid Al-Nour.



Petikan berita Al-Jazeera

Tamparan buat BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

AFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.

Pada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.

Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.

"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN,” katanya kepada AFP.

NONEKhoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat.

Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu.-Malaysiakini-

TERKINI