19 March 2011

DUN SARAWAK BUBAR

Dun Sarawak akan dibubarkan pada hari Isnin 21 Mac 2011.

KERAJAAN PAS KELANTAN PERLU PERTAHANKAN PRINSIP

Hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk mengkaji semula pengharaman loteri ‘‘big sweep’’ amat mengecewakan. Ini adalah kerana kerajaan PAS sebelum ini amat tegas dalam isu judi ini. Perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO/BN. Janganlah hanya kerana ingin menjaga hati dan undi orang bukan Melayu, maka segala prinsip yang selama ini dipertahankan ditolak ke tepi.
DAP selaku rakan dalam Pakatan Rakyat juga dilihat begitu lantang mengkritik dan menentang pengharaman ini. Jika sebelum ini PAS dilihat lebih banyak mengalah dalam isu-isu bukan Islam malah memberikan sokongan, mengapa DAP tidak mampu membalasnya dengan baik?Jika kerajaan Pulau Pinang yang diketua oleh DAP diberi sokongan sepenuhnya oleh PAS malah mempertahankannya jika berlaku sebarang isu ataupun kritikan, mengapa kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah selama lebih 20 tahun cuba diganggu gugat?
Diharapkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan kerajaan Kelantan dapat bertindak bijak dalam hal ini. Perkara ini bukan hanya mengenai menjaga atau merebut hati pengundi sahaja, tetapi perjuangan Islam yang menjadi teras PAS. 
Wallahualam...

TERKINI