28 March 2011

Pendeta anti-Israel bakar bendera Israel di Bailtulmaqdis

Isnin , 28/03/2011 - Pada petang Isnin lepas, sekumpulan pendeta Yahudi yang anti-organisasi Neturei Karta Israel/ rejim Zionis telah membakar sebuah bendera Negara Israel. Ia bersempena hari cuti Yahudi yang digelar Purim. Kejadian berlaku di Baitulmaqdis yang dirampas rejim Zionis.
Akhbar Maariv berkata pendeta-pendeta tersebut mahu menzahirkan penentangan mereka terhadap aktiviti penaklukan Palestin dan penafian hak-hak rakyat Palestin ke atas tanahair mereka. Menurut akhbar itu lagi, kumpulan pendeta itu mengibarkan bendera Negara Palestin selepas membakar bendera Negara Israel.-PALESTINKINI

TERKINI