28 May 2011

Rakyat Perlu Yakin Dengan Kredibiliti PR: Prof. Dr.Aziz Bari




SHAH ALAM 28 MEI: Penganalisis Politik Professor Dr. Abdul Aziz Bari berkata gagasan Pakatan Rakyat merupakan parti yang berani kerana berjaya meneruskan pemilihan pucuk pimpinan utamanya.

Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Malah, tindakan itu juga menunjukkan kematangan berpolitik setiap parti sekali gus menonjolkan sikap keterbukaan dan kefahamannya terhadap konsep sebenar demokrasi tanpa perlu mengganggu fokus utama Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan.

“Berbanding dengan parti-parti dalam Barisan Nasional(BN), Pakatan Rakyat lebih berani untuk meneruskan sekali gus tidak menafikan proses demokrasi terhadap ahlinya. Ini juga menunjukkan ketelusan dan akautibiliti mereka dalam parti komponen Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Pada November 2010, PKR telah mengadakan pemilihan partinya sehingga mengakibatkan pelbagai isu dan kontroversi menyelubungi pemilihan terbabit.

Namun begitu, Aziz Bari percaya kematangan dan sikap percaya antara ahli parti yang ditunjukkan oleh PAS merupakan sesuatu perkara yang perlu dilihat rakyat dalam membina kemampuan parti Islam itu untuk terus mencapai matlamat mereka.

“Saya fikir perkara itu tidak timbul kerana setahu saya mereka tidak pernah menafikan untuk menagguhkan pemilihan tanpa sebab dengan erti kata lain mereka yakin dengan kredibiliti dan integriti ahli-ahli parti. Mereka yakin dengan kematangan ahli dan sistem pemilihan dalam parti. Ini merupakan satu perkara yang saya fikir sangat baik kerana kalau kita bandingkan dengan komponen BN jauh sekali. Dengan kata lain mereka percaya dengan diri sendiri,"ujarnya.

"Dibandingkan dengan komponen BN, mereka seolah-olah tidak percaya dengan kemampuan dan ketelusan dalam parti mereka sendiri. Ini perbandingan yang rakyat patut lihat,” tegasnya.
Dalam pada itu, Aziz turut mengulangi keyakinan beliau bahawa sebarang keputusan yang berlaku dalam pemilihan Pas tidak akan mengganggu fokus Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya memandangkan ia bukan kali pertama Pas mengadakan pemilihan parti dan perkara ini boleh dilihat melalui cara ahli Pas berpolitik berbanding Umno dalam Barisan Nasional.

Ujar beliau lagi, kematangan Pas perlu dicontohi parti lain dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam kalangan ahli parti dan parti komponen.

“Ya ini bukan kali pertama. Saya fikir benda ini dah berlaku sejak dahulu lagi. Ini merupakan satu bukti bahawa, satu parti yang cukup lama, yang tidak mendabik dada tetapi melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan. Ini merupakan satu perkara yang cukup baik,” ujarnya.

Muktamar Pas ke-57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Setakat ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa sebarang tentangan.

Kerajaan Kedah sokong AUKU? Sekat kebebasan bersuara?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standidalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetikHarakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

auku, university demoDalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

auku, university demoMenjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.

SR : 
Bertindaklah bijak dalam menyelesaikan masalah ini. Jangan nanti dikatakan serupa sahaja PAS dengan UMNo.

Sarawak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol

Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.

NONEKes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

NONEPasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.

SR :
14 kes rogol dikira kes terpencil ke? Kaum Penan tetap rakyat Malaysia yang perlukan perlindungan dan pembelaan.

TERKINI