19 October 2012

Proton Preve lagi murah di Australia


Proton perkenal model Preve di Australia

SYDNEY 18 Okt. - Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kereta terbaharunya, Proton Preve buat julung-julung kali di luar negara pada Australian International Motor Show (AIMS) 2012 di sini hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, Proton Cars Australia (PCA) membuka tempahan untuk Preve mulai hari ini dan penghantaran kereta jenis sedan tersebut dijadualkan bermula pada Januari 2013.

Menurut beliau, Preve dijual pada harga serendah AUD18,990 (RM58,560) menerusi rangkaian 34 pengedar di seluruh Australia.
"Selain Preve, Proton dijangka akan memulakan jualan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora di Australia pada pertengahan tahun depan.

"Dua model terbaharu Proton itu selaras dengan hasrat kami untuk menawarkan kereta mampu milik berteknologi tinggi kepada para pelanggan di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi pelancaran Preve dan pengenalan Exora di AIMS 2012.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi PCA, Kay Amies.

Mohd. Khamil memberitahu, Proton menyasarkan jualan sebanyak 4,000 kenderaan pelbagai model di Australia tahun hadapan berbanding purata 2,500 kenderaan setahun setakat ini.

Jelas beliau, sasaran itu adalah realistik dan pengenalan Preve serta Exora akan memberi kelebihan kepada Proton berbanding pesaing-pesaing dalam segmen yang sama.

"Kita juga sedang merancang untuk memperkenalkan Preve 'hatchback' khususnya di pasaran Australia dalam masa 10 bulan lagi," ujarnya.


Harga di Malaysia?Rujuk sini

Rakyat didahulukan bayar lebih....



09 October 2012

Yang Zhuliang bakal tinggalkan Malaysia? Pendidikan percuma di Australia jadi tarikan.



KUALA LUMPUR - Alasan di sebalik mengapa Yang Zhuliang masih berteka-teki berhubung masa depannya sebagai ketua jurulatih terjun kebangsaan yang kontraknya berakhir bulan ini, dipercayai ada kaitan dengan kekosongan jawatan jurulatih Prestasi Tinggi Program Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Australia.

Badan induk terjun negara itu, Diving Australia (DA) sedang memburu khidmat barisan kejurulatihan baru untuk memperkasakan program latihan skuad kebangsaannya sebagai persiapan menghadapi Olimpik akan datang.

Mereka telah menyiarkan tawaran pengambilan tersebut dalam laman web iaitu (www.diving.asn.au).

Zhuliang, 48, yang berperanan menjadikan Malaysia selaku kuasa terjun No. 2 Asia selepas China dan dicemburui dunia berikutan kejayaan Pandelela Rinong membawa pulang pingat sulung dari Olimpik London baru-baru ini,

Difahamkan dia telah ditawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun dengan opsyen untuk memperbaharui tambahan dua tahun kelak.

Namun sehingga hari ini, jurulatih berwibawa kelahiran China dan memiliki kerakyatan Australia itu masih teragak-agak sama ada untuk melanjutkan perkhidmatannya di sini.

Malah dia memberi bayangan bahawa keputusan akhir, besar kemungkinan adalah meninggalkan Malaysia.

Sebelum berlepas bersama skuad remaja negara ke Adelaide, Australia untuk Kejohanan Remaja Dunia FINA minggu lalu, katanya: “Andai saya tiada pun, tiada masalah.

“Pasukan ini masih di bawah bimbingan jurulatih berwibawa seperti Zhang Yikun dan Huang Qiang... mereka cukup bagus untuk mengambil alih."

Meskipun tidak menyentuh mengenai jawatan kosong di Australia, Zhuliang meluahkan dirinya dihimpit dalam situasi rumit untuk membuat keputusan tetapi sempat menekankan kepentingan untuknya pulang ke Australia atas beberapa alasan tertentu.

“Saya hanya akan membuat keputusan selepas pulang dari Adelaide nanti, lagipun sejak pulang dari London, saya amat sibuk mengendalikan persiapan skuad remaja.

“Namun, antara pertimbangan mustahak yang saya nilai ialah kos pendidikan anak perempuan saya. Untuk belajar di sekolah antarabangsa swasta di sini, saya perlu menanggung kos mencecah RM70,000, itu pun belum menyentuh pendidikan lanjut, kolej atau universiti kelak.

“Kalau di Australia, sebagai rakyat negara itu, dia akan menerima pendidikan secara percuma. Dia satu-satunya anak saya, sudah tentu mana-mana ibu bapa pun mahu berikan terbaik untuknya.

“Saya juga memiliki rumah di situ, jadi adalah sangat membebankan untuk saya menanggung bayaran ansuran perumahan di kedua-dua negara," ujarnya.

Zhuliang mendapat kerakyatan Australia ketika berkhidmat di negara itu selama empat tahun sejak 2005, iaitu tahun dia meninggalkan Malaysia buat kali pertama selepas mula membimbing pasukan kebangsaan pada 2001.

Sekembalinya dia pada lewat 2008, penerjun negara terus melakar pencapaian membanggakan di semua peringkat, khususnya pingat gangsa Kejohanan Dunia 2009 di Rome dan pingat emas Sukan Komanwel 2010 New Delhi.

S/R: Tak bankrap pun negara Australia...

07 October 2012

Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu


(Tengku Paduka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)


JABI (Setiu): Penyertaan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Himpunan kebangkitan rakyat,  PAS Ganti Umno (PGU - 5) telah memberi semangat baru kepada rakyat Terengganu.

Kalau selama ini PAS agak bermasalah dengan penduduk kampung dan luar bandar, penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan baru kepada rakyat, kata Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Rakyat Terengganu dikejutkan apabila Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dengan disaksikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semalam.

Kemasukkan beliau bersama 2 lagi tokoh anak Terengganu kedalam PAS menyemarakkan lagi peluang PAS/PR merampas kembali Terengganu dari tangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Adalah diangfarkan kehadiran orang ramai pada PGU 5.0 kali ini melebihi 60 ribu orang bermula pagi semalam hingga malam tadi.

Turut menyertai PAS adalah Datuk Omar Abu Bakar, bekas pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim, sorang tokoh korporat.


Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;

1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah

YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979

Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri Terengganu.

Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939 mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej Melayu kuala Kangsar

Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada 1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO), Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.

Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995.

Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.



2. Datuk Omar Abu  Bakar.

(Datuk Omar menyerahkan borang menyertai PAS)

Dilahirkan di kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung, Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.

Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan:
i.    YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii.     YAB. Tun Hussein Onn
iii.     YAB. Tun Mahathir.

Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.

Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)

Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali.



3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim

(Amzad menyerahkan borang menyertai PAS)

Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu ,  Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di
1.    Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2.    Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
3.    Aktivis pelajar IPU-UKM.

Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.

Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD.
sebagai Pengarah Urusan (1995-April 2004)

Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.

Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.

Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :

1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004)
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI.
3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007

Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu 

TERKINI