29 March 2011

BANTUAN DANA PRK SARAWAK

Lambaian jihad berterusan mengamit jasad wak, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak. 

Rakan-rakan tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban kaa? 

Hadoiii..!! Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda 'surrender' untuk sama-sama membantu apa yang mampu. Sarawak memang butuhkan pejuang-pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.

Pilihanraya Sarawak sudah tentu berbeza dengan PRK di Tenang dan juga di Kerdau. Peperangan di Sarawak, membawa makna besar dan harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat menguburkan penguasaan BN di Putrajaya kelak. Lebur BN di Sarawak, maka bertempiaranlah jerangkung-jerangkung BN mencari tanah baru untuk 'hidup'. Itu janji besar 'peperangan' ini.

Demi meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada blogger-blogger yang bersama misi ini kelak.

Sikit-sikit lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke akaun dibawah :

MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528

Sila smskan jumlah sumbangan anda ke 012-4026129 atau email wak ke - albanjari_online@yahoo.com 

Kali terakhir wak lancarkan misi dana bloggers ialah pada PRK Parlimen Bukit Gantang 2 tahun lalu. Ketika kemuncak penguasaan BloggersNetwork Perak bersama-sama blogger Mat Saman Kati (MSK) dan tumbangnya BN di Bukit Gantang.

Sekali lagi wak dengan malu, menyeru agar sahabat pembaca dapat kiranya menyumbang dan membantu TABUNG DANA BLOGGERS ini untuk merealisasikan misi bloggers Pakatan Rakyat ke Sarawak bagi membantu jentera parti dan menyalurkan berita muttakhir kepada semua. InsyaAllah.

Kepada Blogger, sila copy paste script banner dibawah dan letakkan diblog masing-masing sebagai tanda sokongan kepada misi kami. Terima kasih.

Banner flash dibawah siap sepenuhnya pada jam 5.30 petang ini. Script akandimuatkan disini selewat-lewatnya jam 6 petang ini juga. InsyaAllah. Makluman

SAIZ BANNER 280 - 300 WIDTH - 

 

TERKINI