30 April 2012

Pemerhati antarabangsa: Aman sebelum provokasi



KUALA LUMPUR: Satu badan pemerhati antarabangsa yang meninjau maklumat pilihanraya berkata perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu adalah aman sebelum polis menimbulkan provokasi.Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Salah seorang daripada tujuh ahli bada tersebut MJ Akbar, editor India Times berkata para pendemo Bersih 3.0 adalah dalam keadaan berpesta.“Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukan keganasan jika mereka berniat sedemikian. Mereka dalam keadaan berpesta sehingga saat provokasi berlaku,” kata Akbar.


Senator Pakistan Hasil Bizenjo pula berkata beliau terkejut pengangkutan awam dilumpuhkan di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lepas.“Di negara lain, pengangkutan disediakan untuk rakyat bagi menghadiri perhimpunan. Di sini, ada mereka yang memberitahu mereka terpaksa berjalan 20 km untuk menghadiri perhimpunan ini,” kata Bizenjo.Ahli-ahli lain dalam badan tersebut termasuk penulis Nasir Tamara daripada Indonesia, Clinton Fernandes daripada universiti New South Wales, Dean Amado Valdez daripada Filipina dan Juliane Schmucker daripada Jerman.

Mengimbas kembali satu perbualan dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Fernandes berkata: “Beliau (Adnan) menekankan kepentingan untuk mengelakkan ketegangan kaum. Beliau turut berkata penambah-baikan pilihanraya tidak penting kerana rakyat Malaysia tidak matang.”

Fernandes turut memetik Tengku Adnan sebagai berkata, “Salah satu masalah di Indonesia ialah terlalu banyak kebebasan.”Sementara itu, Akbar berkata demokrasi memerlukan kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan berhimpun.“It adalah malang ada sebilangan suara yang mempercayai bahawa satu-satu negara yang memlaksanakan keharmonian tanpa demokrasi,” kata beliau, sambil berkata Malaysia layak menerima demokrasi yang tulen.Laporan awal turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap integriti 240,000 petugas pilihanraya dan kekurangan untuk satu pilihanraya yang bebas dan adil.

Sementara itu, Bizenjo berkata kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara adalah ketara.“SPR nampak kolot, ia kena berubah. Pakistan pun dah berubah ke sistem elektronik,” beliau berkata.Badan antarabangsa tersebut kata mereka adalah bebas walaupun dijemput ke negara oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Kita tak peduli siapa yang menang. Kita bukan rakyat Malaysia,” kata Fernandes.


-SUMBER-x

24 April 2012

Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.

-HRKHDAILY-

21 April 2012

PTPTN perlu guna konsep Islam

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu sahaja tetapi perlu melalui proses tertentu yang adil dan tidak membebankan sesiapa, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep Islam menyarankan golongan berada mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan miskin.

“Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku,” katanya.

Kata beliau, teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.

“Oleh itu PTPTN tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan sekarang tidak mampu mengurus dengan baik dan ia dibuktikan banyak wang negara bocor akibat masalah rasuah dan penyelewengan.

Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.

“Pendidikan percuma itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.

“Bankrap itu tidak betul, bohong, ia disebabkan salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan,” katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka sejak seminggu lalu beliau menafikan dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) dalang di sebalik desakan supaya kerajaan memansuhkan PTPTN.

Kata beliau, dakwaan bahawa pembangkang mempergunakan pelajar demi mencapai kepentingan sendiri adalah satu tuduhan tidak munasabah kerana golongan itu bukan mudah untuk ditipu.

“Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, akta tersebut tidak lagi relevan untuk digunapakai dan terpulang kepada kumpulan mahasiswa terbabit sama ada terus berkhemah atau menamatkannya, dengan syarat keamanan dan keselamatan terjaga.

10 April 2012

400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air.
Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan “menjadi 400,000 pengundi meragukan”.
Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan.
Ong berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu “hanyalah sebahagian masalah kecil” daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta.
“Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi,” katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis.
“Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti,” tambah penganalisis politik ini lagi.
Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu.
Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga.
Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan - pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut.
Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan pada alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan “apa cara sekalipun”.
Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus.
Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008.
Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya.
Panel itu telah menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun pembangkang dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi.
Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April.
Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan.

05 April 2012

'Pas tidak lepas tangan isu murtad'


KUANTAN – Pas tidak melihat pendedahan video murtad dibuat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti itu memandangkan isu dibangkitkan langsung tidak memberi kesan memandangkan ia bukan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak mahu isu murtad dijadikan bahan polemik, tetapi melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam.

“Tindakan Hasan itu tidak memberi kesan memandangkan selama ini Pas tidak lepas tangan menangani isu murtad yang dianggap perlu ditangani bersama secara tegar.

“Sepatutnya beliau tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan sebarang tindakan memandangkan rakaman tersebut dikatakan berlaku sekitar 2002 lagi.

“Pada ketika itu Hasan merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, jadi dia mempunyai kuasa bertinda,k namun mengapa baru sekarang ingin membuat tindakan sebegini,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, justeru tindakan Hasan telah menampakkan kelemahan kepimpinannya ketika itu, yang tidak mampu menangani perkara tersebut.

“Sepatutnya melalui pengakuan tersebut Hasan bertindak dengan segera bersama pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

“Melalui rakaman tersebut mereka sudah boleh memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan tepat.

“Bukan dengan mencari jalan menunggu masa sesuai melakukan pendedahan lisan yang boleh mencetuskan kekeliruan,” katanya.

Beliau menegaskan, Hasan perlu membuat laporan di Jabatan Perdana Menteri dan mengambil tindakan susulan berkaitan isu ini.

“Perkara ini perlu ditangani dengan cara betul dan bukannya membangkit isu yang boleh diprovokasi. Banyak lagi perkara yang turut dipandang serius dalam usaha memansuhkan perkara murtad.

“Sebagai contoh, Orang Asli yang sudah memeluk Islam kembali kepada ajaran mereka, pengikut ajaran sesat dan banyak lagi,” katanya.


-SH-




01 April 2012

Rusuhan Awang Afrika. Kenapa FRU tak lanyak je?

BANTAH... sebahagian warga Afrika berkumpul kerana tidak berpuas hati berikutan kematian seorang rakan mereka.

LAWAN... warga Afrika bertekak dengan anggota polis.


Si hitam lagak samseng


SR: KALAU DENGAN RAKYAT SENDIRI HABIS  DILANYAKNYA SAMPAI PATAH TULANG. MATI PUN ADA KALAU BERHIMPUN.SEBAB TU MEREKA MAKIN SAMSENG DI BUMI MALAYSIA INI. INI SEMUA JASA-JASA MAHATHIR YANG MEMBERIKAN VISA PELAJAR KEPADA WARGA AFRIKA. BUDAK-BUDAK AMNO PUN DAH TERIKUT-IKUT NAK JADI SAMSENG.

TERKINI