05 April 2011

48 TAHUN MENUNGGU AIR BERSIH DI BUMI KAYA INI

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.

NONEDiwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun 
selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.

"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto, tengah), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan.

Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu.

Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu.

NONEAyang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri AnwarIbrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

"Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu.



-MALAYSIAKINI-


S/R : Sudah-sudahlah dengan video seks tu, jenguk-jenguklah rakyat di bawah ini. Kekayaan Sarawak dengan hasil hutan dan minyak ini nampaknya tidak dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

Pokok sarang labah-labah di Pakistan

Spider Invasion in Pakistan Seen On www.coolpicturegallery.us

Spider Invasion in Pakistan Seen On www.coolpicturegallery.us

Spider Invasion in Pakistan Seen On www.coolpicturegallery.us

Spider Invasion in Pakistan Seen On www.coolpicturegallery.us

-COOLPICTURE-

TEMBELANG UMNO KEDAH PECAH

WarkahDaily – Orang kaya dah biasa hidup senang…bila duit dah takdak..hidup kembali susah..maka mulalah sasau tak tentu pasal.

Di Kedah, ketika Umno jadi kerajaan, Umno rasa selesa sebab dapat pergunakan kuasa kerajaan dengan mengharapkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) biayai kempen dan program parti depa.

Patutlah depa ni takut sangat jadi pembangkang (kalah pilihanraya) sebab duit nak buat kempen dan program parti berkurangan. Nak harapkan duit poket sendiri, tunggu kiamat ler. Usah harap depa nak keluarkan duit poket sendiri, songlap duit ada lah.

Dewan Undangan Kedah telah didedahkan, RM8 juta duit GLC telah digunakan untuk biayai program Umno sepanjang pilihanraya lepas (2008).

Memang tersangat lemah Umno kerana mengharapkan simpati orang lain untuk jalankan program parti sendiri. Tu tak masuk duit dari tokey-tokey balak, judi dan sebagainya.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta, lapor Harakahdaily.

Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.

Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.

Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.

STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) yang tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tidak dibenarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail.

TERKINI