30 December 2010

Cara Menghadapi Orang Sakit Yang Nazak

Pendahuluan

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

Melawat Orang Yang Sakit

Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

"Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."

Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit

Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.

Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.

Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).

Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal

Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).

Pucat/hilang cahaya mukanya.

Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).

Tumitnya lembut.

Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.

Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)

Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.

Talqin/peringatan kepadanya.

Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .

Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.

Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.

Hikmah Menziarahi Orang Sakit

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

Kedatangan Sakaratul Maut

Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.

Beredar Roh Pada Jasad

Hujung kaki ke lutut.

Lutut ke pusat.

Pusat ke dada.

Dada ke leher (halkum).

Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).

Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.

Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.
Perkara Sunat Selepas Kematian.
Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.

Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.

Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.

Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.

Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.

Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.

Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.

Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).

Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.

Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.

Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.

Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.

Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.

Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal

Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :

“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak-USTAZ NOR AMIN

27 December 2010

NUTP perlu sokong kebajikan warga pendidik

20 Muharram 1432H.

PARIT BUNTAR, 27 Dis : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) melalui Presidennya Hashim Adnan yang menyifatkan tawaran imbuhan khas pendidik RM500 setiap bulan oleh Pakatan Rakyat adalah sebagai tidak masuk akal dan ia sekadar gimik politik.

Menurut Presiden NUTP dipetik sebagai berkata bahawa jumlah dijanjikan itu luar biasa kerana Pakatan Rakyat andai memerintah Kerajaan Pusat, perlu RM215 juta setiap bulan dan RM2.58 bilion setahun untuk menyalurkan imbuhan kepada kira-kira 430,000 guru di seluruh negara.

“NUTP sepatut konsisten menjaga kabajikan para guru, bebanan guru yang banyak adalah isu yang tidak pernah selesai, tekanan terhadap guru lebih berbaloi dengan adanya imbuhan yang lebih oleh kerajaan,” kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs . Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kerajaan dikatakan tidak memiliki wang sebanyak itu untuk menyalurkan imbuhan dengan amaun sebesar itu adalah satu kenyataan yang menimbul persoalan serta meragukan.

Sedangkan menara warisan yang menelan belanja 5 bilion juga wang kerajaan, persoalannya benarkah kerajaan tiada wang?soal Drs. Khalil.

Selain itu beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menjangkakan lebih banyak ketirisan dalam perbelanjaan negara akan menyelamatkan wang rakyat dan itu juga lebih dari mampu untuk dikembalikan kepada guru .

“Adalah tidak logik apabila Pakatan Rakyat menawarkan tambahan gaji RM 500 untuk setiap guru , Muhyiddin sebagai menteri pelajaran dan presiden NUTP, terus membela kerajaan dengan katanya kerajaan tiada wang ,” tegasnya.

Menurutnya lagi yang merupakan ADUN Titi Serong, NUTP sepatutnya menyokong sebarang langkah serta usaha oleh mana-mana pihak untuk menjaga kebajikan guru, bukannya hanya menidakkan usaha itu..

“Saya kira beliau (Presiden NUTP) tidak layak bercakap mengenai kemampuan kewangan negara kerana beliau tidak tahupun kapasiti serta kemampuan kewangan Negara ” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan guru patut bersuara bagi mendesak beliau berundur dari jawatan tesebut, perlu ganti dengan individu yang benar-benar ikhlas mahu berjuang atas nama guru.

“NUTP jangan jadi kuda tunggangan Umno dan BN, NUTP wajib bertindak sebagai sebuah badan yang komited membela kebajikan guru di Malaysia dengan tanpa memperdulikan dari mana cadangan itu datang,” ujarnya-sumber

selendangrakyat :
cuba dulu, baru boleh cerita. taknak duit bagi kat orang yang nak

Isa Samad pengerusi Felda baru?

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pernah dipalitkan dengan politik wang enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, katanya setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar berkenaan.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.

Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno sebelum digantung kerana terbabit dengan politik wang.

Mohd Isa kini ADUN Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009.

selendangrakyat :
Kalau betul, semakin kaya la pengerusi Felda lepas ni..

24 December 2010

Rancangan menghancurkan kerajaan barang naik.

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Program 100 hari memerintah

Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:

-Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
-Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
-Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
-Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
-Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
-Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
-Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
-Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
-Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
-Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat

Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.

Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.

PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Air dan rawatan percuma

Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:

Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

selendangrakyat :
Realitikan impian ini. Ayuh berubah! Turunkan kerajaan barang naik!

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat

Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur-Malaysiakini

Pilihanraya kecil DUN Tenang

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya-Malaysiakini

selendangrakyat :
Dun Tenang tidak akan tenang selagi parti barang naik berkuasa.

17 December 2010

Haru-biru

Semangat demokrasi Dewan Rakyat sudah 'simpang siur' kata Aziz Bari
Keputusan digantung enam bulan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat lain menunjukkan sistem demokrasi Malaysia “sudah simpang-siur”, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.
“Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.

“Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, soal Aziz , memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan.

“Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi,” kata beliau.

Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.

Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti “ketua kerajaan”, yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.

“Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga,” katanya.

“Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.

“Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah,” katanya lagi.-TheMalaysianInsider.

selendangrakyat : demokrasi kita semakin hancur

TERKINI