28 June 2011

BUAT SEMUA PEJUANG-PEJUANG ISLAM


NAHWAN NUR - Sajak Syed Qutb.mp3

Saudara
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merinduiku
bahagialah hidupku di alam syurga
biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar jelas memancar


Al-Maghfurulahy Al-’Arif Billah
Asy-Syahid Sayyaid Ibnu Qutb Ibrahim
Isnin 13 Jumadil Awal 1386


TERKINI