02 April 2011

 Di mana moral Najib pertahan Adun Lenggeng

Harakahdaily   

TEMERLOH, 2 April: Kejadian demi kejadian di mana kemungkaran dipertahankan semakin menjadi-jadi di dunia politik Malaysia.

Terbaru, tatkala rakyat masih mempersoalkan isu mengapa orang yang menayangkan video lucah dipertahankan oleh kerajaan, hari ini mereka dikejutkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang Adun yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah.

Meskipun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah semalam, Najib bukan sahaja tidak serta merta menasihati Adun Lenggeng, Mustafa Salim untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, malah beliau mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang Adun yang sah.

“Tindakan PM masih mempertahankan Adun yang dibuktikan melakukan rasuah dianggap satu tindakan tidak bermoral daripada pihak Barisan Nasional.

Sebagai pimpinan utama, sepatutnya PM menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.


Mengulas lanjut mengenai nasib Mustafa ketika disoal pemberita hari ini, Najib turut menegaskan bahawa Mustafa masih lagi Adun Lenggeng kerana beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Namun begitu, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa kenyataan Najib seolah-olah dibuat tanpa melihat pada cermin kerana ia jauh berlainan dengan tindakan Barisan Nasional ketika mereka menyerang barisan pimpinan Pakatan Rakyat dengan pelbagai tuduhan rasuah.

“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan PR dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba Adun mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan,” ujarnya.


Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes Adun Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik bagi rakyat.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Adun Lenggeng agar meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” tegur beliau.

Bagaimana Husam Musa Menawan Pemerintah China

Bagaimana anda menilai kehebatan seseorang pemimpin atau peniaga ? Antara ciri seorang pemimpin yang hebat adalah seorang yang mampu mencairkan hati orang yang berurusan dengannya.

Saya teringat sewaktu saya menyertai delegasi Kerajaan Negeri Kelantan ke China tempoh hari. Saya berada dalam semua mesyuarat yang diadakan secara berasinganan dengan Gabenor Xinjiang, Timbalan Gabenor Xinjiang, Canselor beberapa Universiti, pertemuan dengan pimpinan Islam China dan mesyuarat dengan Dewan Perniagaan CCPIT (China Council for The Promotion of International Trade)
Dari mesyuarat-mesyuarat ini saya belajar bagaimana Husam Musa yang mengetuai delegasi ini berbicara dengan pemerintah-pemerintah ini. Taktik yang digunakan adalah sangat bijak dan berkesan.
Senario pertama
Sewaktu kami bermesyuarat dengan timbalan gabenor wilayah autonomi Xinjiang, mesyuarat dimulakan dengan tuan rumah memulakan ucapan.
Ucapan timbalan gabenor yang pertama ini adalah kira-kira 10 minit. Beliau mula memperkenalkan mengenai Xinjiang. Mengenai bilangan populasi, keluasan tanah, komposisi penduduk, kekayaan hasil bumi, perdagangan dan sebagainya.
Sekarang tiba pula giliran Husam untuk menyambut ucapan ini.
Husam dengan nada yang tenang bercakap “Terima kasih atas jemputan yang diberikan kepada kami, semalam kami dijamu di sebuah restoran yang cantik dengan budaya Uighur. Saya tertarik dengan salah satu hidangan iaitu pizza Urumqi.”


Restauran Miraj



Kami dihidangkan makanan tradisional termasuk Pizza Urumqi

Di saat ini, saya dapat melihat timbalan gabenor yang bermuka serius ini mula mengukirkan senyuman…
Husam menambah lagi “Jadi kami sangat tertarik dengan budaya anda. Oleh yang demikian kami berharap sebagai permulaan, kita boleh berfikir untuk mengimport pizza ini ke negeri kami Kelantan”
Ucapan ini disambut gelak-tawa dikalangan yang menghadiri mesyuarat ini. Di saat ini juga, saya dapat lihat jelas kegembiraan di muka timbalan gabenor ini.
Timbalan gabenor ini menyambut ucapan Husam dengan gembira dan mula memberi pelbagai tawaran-tawaran menarik untuk kerajaan Kelantan bertapak di Xinjiang.
Saya pada mulanya agak skeptikal apabila Husam memulakan ucapan seperti ini, namun akhirnya saya sedar saya salah. Apa yang penting adalah hasilnya sangat memberangsangkan. Jadi apa yang saya belajar ialah, untuk menawan hati seseorang, kita perlu menyentuh benda kecil yang bermakna kepada emosi orang tersebut.Husam berjaya dari aspek ini.
Di saat itu, saya mula kagum dengan pendekatan Husam.

Muka serius

sewaktu mesyuarat

Menerima Cenderamata

Husam Menghadiahkan Sutera Kelantan
Senario kedua
Pada keesokan harinya, delegasi kami bertemu pula dengan Gabenor Xinjiang. Ini adalah mesyuarat terbesar dalam rombongan ini. Saya dapat lihat bas kami diawasi oleh pegawai-pegawai kerajaan Xinjiang dan kami diberikan layanan ketua kerajaan.
Kali ini saya mula memasang telinga dengan teliti untuk mendengar apa pula strategi Husam pada kali ini.
Mesyuarat bermula seperti biasa dengan tuan rumah memulakan ucapan. Seperti sebelum ini Gabenor ini mula bercakap dengan memperkenalkan mengenai Xinjiang. Mengenai bilangan populasi, keluasan tanah, komposisi penduduk, kekayaan hasil bumi, perdagangan dan sebagainya.
Kini tiba giliran Husam untuk bercakap. Husam memulakan ucapannya “Terima kasih saya ucapkan atas jemputan yang diberikan, Xinjiang adalah sebuah wilayah yang sangat besar dan sangat kaya dengan sejarah laluan sutera. Kami di Kelantan berbangga dapat menerima jemputan dari negeri sebesar ini. Kami menganggap hubungan Xinjiang dan Kelantan adalah seperti hubungan abang dan adik.”
Pada saat ini bagaikan dejavu saya melihat Gabenor mula membuka mata dan kelihatan mengukir senyuman ringkas. Untuk pengetahuan anda, di China, apabila disebut hubungan abang dan adik, orang China akan sangat tertarik. Ini mungkin disebabkan polisi satu pasangan satu anak yang menjadikan hubungan ini hilang. Jadi mereka agak tersentuh apabila disebut mengenai ini.
Husam menambah “Jadi sebagai adik kecil yang datang dari jauh. Kami datang untuk belajar dari abang besar. Kami perlukan didikan dan tunjuk ajar dari abang besar untuk memajukan wilayah kami supaya menjadi berjaya seperti wilayah abang kami ini”
Selepas itu, saya nampak level ice breaking telah selesai dan Gabenor mula menawarkan pelbagai tawaran termasuk untuk melawat sendiri Kelantan.
Saya lihat strategi kedua ini juga sangat berjaya dan berkesan.
Hasil dari kedua-dua mesyuarat ini sangat menguntungkan Kelantan berbanding Xinjiang.

Husam Bercerita Mengenai Hubungan Abang-Adik

Husam Menghadiahkan Dinar Emas dan Perak
Senario ketiga
Pada senario ketiga pula, sewaktu berjumpa dengan pimpinan Islam di China.
Pemimpin Islam ini memulakan ucapan dengan menceritakan mengenai sejarah Islam di China dan kedudukan orang Islam di China.
Kali ini Husam menggunakan strategi yang nyata berbeza.
Husam memulakan ucapan dengan “Kami sangat gembira dapat berjumpa saudara Islam yang jauh dari negara kami yang hidup dalam budaya berbeza. Pada 600 tahun yang lampau, Laksamana Cheng Ho telah melawat kami. Bukan untuk berperang, bukan untuk menakluk, tetapi untuk menjalin hubungan.
Oleh yang demikian, kami datang ke sini sebagai membalas lawatan Laksama Cheng Ho supaya kita umat Islam saling menziarahi dan bersaudara”
Seperti sebelum ini, sewaktu disebut perkataan Laksamana Cheng Ho, pimpinan Islam ini mula mengukir senyuman dan menjadi sangat tertarik.
Mereka membalas “Kami agak terkejut bahawa masih terdapat orang yang mengenangkan tokoh Islam seperti Cheng Ho di negara luar. Malah di negara kami pun, kami tidak memberi penekanan seperti ini. Kami sangat bersyukur dapat berjumpa dengan delegasi seperti ini”
Saya terus kagum dengan pendekatan sebegini.

Pimpinan Islam Di Chengdu

Imam ini terpaksa bangun untuk menunjukkan tanda syukur dan gembira

Beliau terus gembira sehingga habis mesyuarat

Gambar beramai-ramai di Masjid Chengdu
Kesimpulan yang kita dapat buat disini, tidak kisah kita bercakap mengenai pizza atau mengenai  abang besar dan adik atau mengenai Laksamana Cheng Ho. Yang penting adalah kita menyentuh dan seterusnya menawan hati manusia.
Jika Husam mengambil pendekatan berbangga mengenai Kelantan, saya tidak fikir mesyuarat ini akan menguntungkan Kelantan. Namun dengan pendekataan bijak iaitu menyentuh sensitiviti positif seseorang, Husam menjadikan delegasi ini sebagai sesuatu yang berjaya dan membuahkan hasil.
Pada setiap mesyuarat juga, Husam akan menghadiahkan Dinar Emas dan Perak, Sutera Kelantan, Keropok Kelantan dan banner kecil “Expo Cheng Ho” yang telah diadakan dengan jayanya di Kelantan tempoh hari.
Pendekatan dan kaedah yang Husam gunakan adalah sangat berkesan, efektik dan menguntungkan.
Tahniah Husam Musa !!!
terima kasih

TERKINI