29 April 2011

Umno tidak terlibat? Boleh percaya ke?



-berita-


S/R : Macam mana pulak PDRM dgn FRU boleh terlibat berlakon bersama-sama kalau tiada pengarahnya? Baju kalis peluru tu beli kat kedai runcit ke?

Wanita Pertama Malaysia



S/R : Contoh kepada isteri pemimpin negara. Tetap menawan bertudung..

Sejuta bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri

Kira-kira sejuta orang bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, dan satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi.  Bakat tersebut tertumpu di lima negara, iaitu Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain.  Antaranya, 54% daripada bakat ini bermastautin di Singapura.
Soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa tiga faktor utama penghijrahan bakat ke luar negeri adalah masa depan kerjaya (career prospects), ketidakadilan sosial (social injustice) dan pendapatan (compensation).  Antaranya, fenomena ini paling banyak berlaku di kalangan kaum Cina, dengan nisbah 60% hingga 88% daripada bakat yang berhijrah ini.
Justeru itu, Bank Dunia menganggap bahawa Malaysia perlu meningkatkan produktiviti, malah melaksanakan dasar yang lebih inklusif, untuk menarik lebih ramai bakat dari pentas global, supaya negara kita mampu mengekalkan bakat dan terus membangun.  Demikianlah perangkaan sehingga tahun 2010, yang didedahkan dalam laporan Bank Dunia.
Dalam satu ucapan Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, ketika melancarkan laporan Malaysia Economic Monitor:Brain Drain, beliau berkata penghijrahan bakat menjadi cabaran yang sedang dihadapi Malaysia pada masa kini.  Sesungguhnya Malaysia memerlukan lebih bakat untuk merealisasikan Wawasan 2020, namun polanya pula memperlihatkan kecenderungan bakat meninggalkan tanah air sendiri.
Dalam laporan yang baru dikemukakan ini, kira-kira sejuta orang bakat dianggar bertaburan di luar negeri, dan kira-kira satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi.
Singapura menjadi pilihan pertama
Menurut statistik tahun 2000, 83% daripada mereka yang bekerja di luar negeri bermastautin di Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain, dan Singapura sahaja mencakupi 46%.  Menurut Philip, orang Malaysia yang "mengalir" ke Singapura bertambah tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Selain itu, Singapura menjadi negara pilihan pertama tenaga mahir Malaysia.  Menurut Philip, tenaga mahir Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Singapura hanya mencatat 10% (daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura) pada tahun 1990, namun meningkat kepada 23% pada tahun 2000, dan meningkat lagi secara mendadak kepada 35% pada tahun 2010.
Menurut penghitungan Bank Dunia, daripada warga Malaysia yang bertaburan di luar negeri, kira-kira 57% daripadanya bermastautin di Singapura; dan antara tenaga mahir yang berpendidikan tinggi, 54% daripadanya bermastautin di Singapura.
Ketidakadilan sosial punca bakat berhijrah
Philip berkata, sementara bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, bakat asing yang mengalir masuk pula tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.  Keadaan sedemikian telah mengakibatkan kualiti tenaga mahir di Malaysia semakin menurun.
Philip (gambar kiri) menambah, 60% warga asing yang berhijrah ke Malaysia hanya memiliki taraf pendidikan sekolah rendah atau lebih rendah daripada itu.  Selain itu, tenaga kerja asing mahir atau berpendidikan tinggi yang berhijrah ke Malaysia menunjukkan penurunan 25% sejak tahun 2004.  Keadaan sedemikian menghakis kualiti bakat Malaysia.
Ketika menyentuh faktor penghijrahan bakat Malaysia ke luar negeri, 66% responden Malaysia menganggap masa depan kerjaya lebih cerah di luar negeri; 60% responden menganggap "ketidakadilan sosial" sebagai punca masalahnya; 54% berkata gaji dan layanan yang ditawarkan luar negeri lebih menarik.
Dasar yang lebih inklusif
Di samping itu, daripada bakat yang berhijrah, 60% hingga 88% adalah dari komuniti Cina.  88% daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura adalah Cina, berbanding 6% Melayu dan 5% India.  Sementara itu, 61% daripada warga Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat adalah Cina.
Menurut satu soal siasat yang dijalankan Bank Dunia pada tahun ini, 87% warga Malaysia berpandangan bahawa bakat yang berhijrah hanya akan mempertimbangkan untuk pulang ke tanahair apabila dasar afirmatif yang berdasarkan perkauman ditukar kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan dan merit.  Malah, 82% responden berpendapat bahawa bakat hanya akan pulang ke tanahair seandainya kerajaan dan sektor melakukan perubahan yang menyeluruh.
Dalam satu sidang media selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop berkata, dasar yang lebih inklusif telah digubal di bawah gagasan 1Malaysia.  Malah, kerajaan cuba menarik balik bakat tempatan melalui program transformasi ekonomi.
Beliau berkata, pengaliran masuk semula bakat tempatan mengambil kira faktor seperti jenayah, pendidikan, perumahan, pengangkutan, persekitaran dan sebagainya.  Masalah ini diselesaikan melalui NKRA, dan kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu suasana yang boleh mengembalikan bakat tempatan.

-merdekareview-

Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.
Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.
Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.
Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.
Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.
“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.
“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.
Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.
“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.
Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.
Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.
“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.
-keadilandaily-

Lafaz sumpah laknat tapi pegang al-Quran terbalik

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang kumpulan Datuk Trio hari ini membuat sumpah laknat – suatu upacara yang membelakangi sistem perundangan syariah, dengan memegang al-Quran secara terbalik.


Hal ini bukan sahaja disedari Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin tetapi juga beberapa wartawan yang membuat liputan acara berkenaan.

Shamsul juga mengirim paparan twitter dengan berkata: “Eskay pegang Al-Quran terbalik! Pakai baju kalis peluru.”

Berdasarkan twitter, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir membuat paparan berikut: “Datuk Eskey terlupa Al-Quran yang dipegang oleh beliau terbalik.”

Terdahulu, mereka dinasihati seorang pendakwah bebas bahawa tindakan melakukan sumpah laknat adalah jalan terakhir bagi membuktikan kebenaran selepas qazaf dilaksanakan terlebih dulu.

Eskay turut ditegur pendakwah bebas itu kerana memegang al-Quran secara terbalik.

Berlaku kekecohan ketika ketiga mereka meninggalkan masjid apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang media tempatan untuk mengambil gambar.

Mereka meninggalkan Masjid Amru Ibnu Al As dengan sebuah kenderaan MPV kira-kira jam 4.22 petang.

Pada majlis di Masjid Amru Ibnu Al As yang mula dibatalkan itu, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim turut hadir tetapi tidak menyertai acara bersumpah itu.

Mereka tiba kira-kira jam 4.08 petang dgn memakai jaket kalis peluru sambil dikawal beberapa lelaki dipercayai anggota polis cawangan khas.

s/r : Beria-ria benar fru dan polis mengawal semua Datuk T ni?

Terkini : Eskay Angkat Sumpah, Hadir Dengan Pakaian Kalis Peluru

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, yang secara tiba-tiba dibatalkan, kini dikatakan akan diteruskan.
Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.
Eskay yang ditemani oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim turut mengenakan pakaian kalis peluru yang begitu mengejutkan khalayak seolah-olah keselamatan mereka terancam.
Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, Eskay kemudiannya terus berlalu tanpa menjawab soalan pemberita seperti yang diminta oleh pengiring-pengiringnya.
Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi agak tegang apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan. 

-tvsnews-

Angkat Sumpah Eskay Batal

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, dibatalkan.
Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Namun keadaan menjadi agak tegang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tadi apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

s/r : Cakap berdegar-degar tapi penakut.

Angkat Sumpah Eskay Batal

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan selepas solat Jumaat, dibatalkan.
Ia disahkan oleh pengerusi masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin.

-tvsnews-


Jangan permainkan sumpah laknat

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.
Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.
"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.
"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.
"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.
Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.
"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.
“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.

TERKINI