13 June 2011

Bencana kesihatan di Gaza, kabinet potong gaji untuk biaya keperluan

Isnin, 13/06/2011 - Kerajaan Palestin di Gaza telah memutuskan pada Rabu lepas untuk memotong 5% gaji kakitangan kerajaan bagi membeli keperluan perubatan yang sangat –sangat diperlukan di Gaza.

Satu laporan rasmi mesyuarat mingguan ada menyebut bahawa hospital-hospital di Gaza berhadapan dengan masalah serius kerana pihak berkuasa Palestin di Ramallah tidak menghantar bekalan perubatan ke Gaza.

Menteri kesihatan di Gaza, Dr. Basem Naim memberitahu wakil-wakil institusi penderma negara Arab dan antarabangsa serta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dalam satu perjumpaan tergempar yang diadakan pada Selasa lalu, bahawa separuh daripada
gudang simpanan kementeriannya telah kosong. Menurutnya lagi, sebanyak 178 jenis ubat dan 190 jenis ubat yang boleh dimakan telah tiada lagi dalam simpanan kementeriannya.
-PALESTINKINI-

CEO MAYBANK dapat 24 bulan bonus, kakitangan dapat 0 bulan bonus

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) berpendirian, RHB Capital Bhd sepatutnya membuat rundingan dengan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) bagi menjalankan penggabungan atau pengambilalihan kepentingan.

Setiausaha agung Nube, J Solomon berpandangan bahawa langkah itu lebih baik kerana sebelum ini berlaku banyak pertikaian berhubung layanan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) ke atas pekerjanya.

"Apa yang kita faham, sekiranya penggabungan dilakukan dengan (firma) seperti Maybank, lebih banyak kesan buruk yang akan dialami kakitangannya.

"Maybank tidak melayan kakitangannya dengan baik dan tidak mengikut perjanjian bersama yang dipersetujui (dengan kesatuan pekerja)," dakwa Solomon.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Bank Negara yang membenarkan RHB Capital menjalankan rundingan dengan CIMB dan Maybank bagi tujuan tersebut.

Solomon juga mendakwa, Maybank mempunyai rekod menindas kakitangan berpendapatan rendah berbanding CIMB yang tetap membayar bonus kepada kakitangan dalam kumpulan sama.

"CEO (ketua pegawai operasi Maybank) dapat (bayaran) 24 bulan sebagai bonus prestasi untuk dua tahun berturut-turut (sedangkan) ada anggota saya yang bekerja 30 tahun belum dapat satu bulan pun bonus prestasi.

"Ini adalah tindakan pihak tertinggi merompak kekayaan pekerja bawahan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sekiranya penggabungan atau pengambilalihan kepentingan itu berjalan, pekerja berkenaan tidak boleh diberhentikan, kata Solomon lagi.

Katanya, prosedur ke atas yang gembira dengan jaminan yang diberikan oleh kepada pekerja Hong Leong Bank Bhd dan juga Eon Capital Bhd sebelum ini.

"Mereka akan hantar surat tawaran pekerjaan kepada semua pekerja yang terlibat. Itu jaminan mereka," katanya Solomon lagi.

Beliau menjangka, kakitangan berkenaan akan menerima tawaran tersebut selewat-lewatnya pada Julai.

"Sebab itulah, siapa yang mengambil alih (RHB Capital) sangat penting. Kalau mereka ada rekod yang baik dalam menguruskan kakitangan, kita tidak ada bantahan," katanya lagi.

Penggabungan berkenaan akan melibatkan pembayaran kepada Abu Dhabi Commercial Bank yang menjual 25 peratus kepentingannya dalam RHB Capital.

Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi

SHAH ALAM: Pereka laman, Nasir Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa dia hanya menuruti permintaan Dr. Mohamad Khir Toyo menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah ialah RM600,000 kerana statusnya sebagai Menteri Besar Selangor pada waktu itu.

Menurutnya surat itu disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat itu bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah itu daripada Ditamas Sdn Bhd.

Kata saksi lagi, jumlah RM600,0000 itu dicadangkan oleh Mohamad Khir.

"Waktu itu dia MB, apa dia suruh saya buat," katanya yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga.

Berhubung surat itu, Nasir berkata, sebahagian pembayaran dibuat menerusi cek berjumlah RM100,000 bertarikh 4 Jun 2007.

Bagaimanapin dia mengakui tidak dapat mengingati jika cek kedua yang didakwa Athimulan juga bernilai RM100,000 pada 8 Ogos 2007 dan cek bertarikh 10 Sept tahun sama berjumlah RM200,000 diterimanya.

Dia juga menafikan berlaku pergaduhan antara dia dan Mohamad Khir ekoran dia tidak menerima bakinya RM200,000.

Sebaliknya saksi berkata, pergaduhan berlaku antara dia dan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.

Khamis lalu, saksi yang sama mendakwa Mohamad Khir membelanjakan lebih RM6 juta tunai bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo berkenaan.

KDN: Tiada tindakan ke atas Ibrahlim Ali isytihar Kristian ‘jihad’

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan.

“Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP).

Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan “jihad” atas nama kaum dan agama.

“Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan,” kata Hishammuddin.

SR:


Kalau penjilat umNO semuanya akan terlepas tanpa perlu takut walaupun perkara yang melibatkan keselamatan dan keamanan negara. Undang-undang senget sebelah di sebuah negara kononnya negara demokrasi.

TERKINI