13 June 2011

Khir Toyo Arah Catat Nilai Ubah Suai Banglo RM600,000 Sahaja - Saksi

SHAH ALAM: Pereka laman, Nasir Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa dia hanya menuruti permintaan Dr. Mohamad Khir Toyo menyediakan surat yang menyatakan nilai pengubahsuaian rumah ialah RM600,000 kerana statusnya sebagai Menteri Besar Selangor pada waktu itu.

Menurutnya surat itu disediakan selepas Mohamad Khir memerlukan surat itu bagi tujuan formaliti kerana berhasrat untuk membeli rumah itu daripada Ditamas Sdn Bhd.

Kata saksi lagi, jumlah RM600,0000 itu dicadangkan oleh Mohamad Khir.

"Waktu itu dia MB, apa dia suruh saya buat," katanya yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga.

Berhubung surat itu, Nasir berkata, sebahagian pembayaran dibuat menerusi cek berjumlah RM100,000 bertarikh 4 Jun 2007.

Bagaimanapin dia mengakui tidak dapat mengingati jika cek kedua yang didakwa Athimulan juga bernilai RM100,000 pada 8 Ogos 2007 dan cek bertarikh 10 Sept tahun sama berjumlah RM200,000 diterimanya.

Dia juga menafikan berlaku pergaduhan antara dia dan Mohamad Khir ekoran dia tidak menerima bakinya RM200,000.

Sebaliknya saksi berkata, pergaduhan berlaku antara dia dan isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik yang dikatakan tidak menggemari konsep Bali yang dibuatnya.

Khamis lalu, saksi yang sama mendakwa Mohamad Khir membelanjakan lebih RM6 juta tunai bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo berkenaan.

No comments:

Post a Comment

TERKINI