06 May 2011

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh, beri Amerika amaran

KAHERAH, 6 Mei — Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa “kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan.”
Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh “kepimpinan umum” Al-Qaeda.
Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Masjid hanya tempat bersumpah kut




Kalau BN semua boleh. Bersumpah boleh. Berkhutbah sokong BN boleh. Buat program dalam masjid boleh tapi kalau Pakatan Rakyat atau NGO buat semua salah. Jamil Khir kata masjid bukan tempat luah rasa marah. Mungkin hanya tempat untuk bersumpah je kut selain daripada solat. MALAYSIA LEBIH SELAMAT TANPAMU BN.

Rakyat Bantah Politik Kotor Dan Jijik Umno-BN

                                 
KUALA LUMPUR 6 MEI : Himpunan Hari Amarah Rakyat Malaysia anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Saf dan Maruah hari ini berjaya berlangsung walaupun cuba dikekang pihak polis.

Lebih 300 orang menunjukkan rasa marah mereka di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini berikutan permainan politik jijik dan fitnah oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Pengerusi Saf, Azmi Hamid menyatakan kemarahan rakyat sudah lama disimpan lantaran hal ini.

"Kita berada di sini bukan untuk buat kekacauan. Kami harap agar pihak keselamatan dapat bekerjasama dengan rakyat hari ini, " kata beliau sebelum sekumpulan polis menyerbu dan meminta pembesar suara yang digunakan beliau ditutup.

Saf merupakan gabungan 80 NGO yang berteraskan pemikiran Islam di Malaysia.

Maruah pula merupakan gabungan pemuda Pakatan Rakyat.

Hadirin turut menunjuk rasa marah mereka dengan mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi senjata utama dalam memainkan politik fitnah ini.

Hadirin kemudiannya berteriak 'Reformasi!' dan 'Tolak Politik Fitnah' sambil menuju ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyerahkan memorandum kepada pengarah Jawi.

Himpunan hari ini melambangkan kemuncak kemarahan rakyat berikutan politik fitnah yang dimainkan Umno-Barisan dengan menggunakan video lucah yang kemudiannya disusuli dengan sumpah laknat demi memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. 

Pada 21 Mac lalu, gandingan Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video lucah secara terbuka di sebuah hotel di ibu negara kepada wartawan terpilih.

Eskay yang mewakili gandingan trio Datuk T itu kemudiannya mengangkat sumpah laknat pada 29 April lalu bahawa beliau ada bersama Anwar walaupun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ketua Pembangkang itu.

Selain pemimpin PKR, individu tertentu yang dikirimkan salinan video berkenaan juga menafikan pelaku dalam klip video berkenaan bukan Anwar.

Terbaru, Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks itu juga menafikan pelaku itu adalah Anwar.
                                                                                                                                       

TERKINI