06 May 2011

'Belasah' Pemuda : Pengarah Sekolah Digantung Tugas

Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, dipindah dan digantung tugasnya sementara menunggu siasatan polis serta siasatan dalaman berhubung dakwaan beliau terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.
Menurut The Borneo Post, sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.
Katanya, arahan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya untuk membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.
Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai itu.
Rakaman CCTV itu menunjukkan pemuda terbabit berulang-kali ditumbuk, ditendang dan ditelanjangkan selain dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.
Visual berkenaan juga turut disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.
Turut difahamkan pengarah tersebut dan tiga rakannya telah ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka juga dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.
Bagaimanapun bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan “tindakan pantas dan bersesuaian” dikenakan ke atas mereka yang terlibat.
You Hock juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup dengan begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamatan kedai berkenaan dan tersebar di Internet.

S/R : Pengarah ni patut ditukarkan ke pejabat SPRM ataupun PDRM.

No comments:

Post a Comment

TERKINI