21 May 2011

Gambar dan video kejadian tanah runtuh Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis











Foto

Berita

lagi berita

Terkini : Tanah runtuh: Dua kanak-kanak mati tertimbus

Dua kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat Kajang meninggal dunia akibat tertimbus dalam runtuhan tanah petang tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan. Bagaimanapun keadaan mereka dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah berkenaan.

Berita Harian Online sebelum ini menyebut dikhuatiri lebih 20 penghuni rumah anak yatim itu tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Tanah runtuh: Lebih 20 orang dikhuatiri tertimbus

Lebih 20 penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Menurut Berita Harian Online yang menghubungi jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Setakat ini dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni rumah anak yatim itu sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh

Rakyat Malaysia sokong PEMANDU mabuk?

Memansuhkan subsidi barangan keperluan utama amat memeritkan jika tindakan itu dilakukan dengan cepat dan spontan.

Justeru, apabila mengurangkan subsidi, ia perlu dijalankan secara berperingkat dan perlahan - demikian permintaan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

“Lazimnya, menerusi perbualan dengan rakyat, mereka memahami mengapa subsidi tidak boleh diberikan berterusan. Tetapi kata mereka, perlahan-lahan lah, jangan naikkan harga secara mendadak,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakinidi Putrajaya Khamis lalu.

Dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak setahun setengah yang lalu, Idris kerap kali bertemu rakyat bagi menjelaskan mengapa subsidi perlu dimansuhkan.

“Kami gunakan SMS, bancian, sesi penerangan di dewan. Terdapat komen fundamental. Mereka beritahu lakukan secara kecil dan naikkan harga beberapa kali dalam jangka masa yang panjang. Itu yang telah kami lakukan...

“Kami mempunyai plan rasionalisasi... saya fikir rakyat perlu membiasakan diri hingga mereka kata ia adalah okay,” katanya.

azlanMengikut cadangan struktur harga petrol RON95 yang lazimnya digunakan oleh kebanyakan pemilik kenderaan kelas pertengahan dan rendah, bahan api itu seatutnya dinaikkan 15 sen menjadi RM2.05 seliter sekarang ini dan dinaikkan 10 sen lagi menjelang akhir tahun ini.

Tahun lalu, petrol RON95 dinaikkan dua kali - lima sen seliter setiap kali pada Julai dan Disember.

Jika plan PEMANDU diikuti sepenuhnya, harga petrol RON95 akhirnya akan dinaikkan kepada RM2.60 seliter menjelang 2015.

Muhyiddin berjanji manis lagi dengan guru, boleh percaya ke?

Kaji Insentif Untuk Guru Terlibat Kejohanan Sukan 

IPOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran mengkaji bentuk insentif dan pengiktirafan yang boleh diberikan kepada guru yang terlibat menguruskan pasukan dan menjadi pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
Timbalan Perdana Menteri berkata pengiktirafan perlu diberikan kepada golongan guru sebagaimana diberikan kepada para atlet.
Golongan guru yang menjadi pegawai kejohanan sukan perlu diberikan pendedahan supaya kewujudan mereka dapat diterima di peringkat antarabangsa sepertimana atlet, katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM di Stadium Perak di sini malam Jumaat.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata peranan MSSM perlu diperkukuhkan supaya ia dapat memainkan peranan lebih aktif dengan membuka lebih banyak ruang pertandingan untuk atlet dengan sukan baru dalam takwim kejohanan MSSM.
MSSM sewajarnya berdiri sendiri sebagai satu entiti majlis yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek pembanguan dan kecemerlangan sukan serta atlet bermula di peringkat sekolah hingga antarabangsa, katanya.
Katanya Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Sukan dan MSSM sememangnya mengambil berat tentang program sukan ke arah melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.
"Perancangan sesebuah organisasi sukan seperti MSSM haruslah bertepatan dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membina modal insan murid secara holistik, yang merangkumi aspek kognitif, efektif dan psikomotor," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan dasar "1Murid 1Sukan" yang diperkenalkan kementerian mulai tahun ini adalah untuk membuka ruang bagi penglibatan semua pelajar dalam sukan.
"Usaha itu harus dipikul oleh semua pihak yang berkepentingan dalam bidang sukan dan perlu disokong oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat amnya.
Sehubungan ini, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu terus memantau program sukan di sekolah supaya dasar itu dilaksana secara efektif," katanya.
Mengenai pencapaian atlet pelajar, Muhyiddin berkata pencapaian mereka akan diukur dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Asean ke-3 yang akan berlangsung di Singapura pada Julai ini.
"Sebanyak 12 jenis sukan akan dipertandingkan oleh tuan rumah Singapura. Malaysia seharusnya berusaha mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan itu nanti," katanya.
Muhyiddin turut merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola dan semua pihak yang terbabit dalam penganjuran kejohanan MSSM kali ini yang disifatkannya sebagai paling meriah dalam sejarah penganjuran kejohanan MSSM.
Ia mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records atas hasil ciptaan 10,845 buah tanglung "Cahaya Perpaduan 1Malaysia" yang dinyalakan di sekeliling Stadium Perak malam Jumaat.
Sebanyak 15 kontinjen mengambil bahagian dalam kejohanan MSSM kali ini yang mempertandingkan 24 jenis sukan dengan melibatkan 15,000 atlet dan 5,000 tenaga guru yang menguruskan pasukan masing-masing.- BERNAMA

selendangrakyat :
Tuntutan perjalanan guru pun susah nak dapat malah dipotong, ini pulak nak bagi insentif. Jangan ingat guru ni semua bodoh. Sukan budak sekolah pun nak libatkan politik kotor.

TERKINI