13 June 2011

CEO MAYBANK dapat 24 bulan bonus, kakitangan dapat 0 bulan bonus

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) berpendirian, RHB Capital Bhd sepatutnya membuat rundingan dengan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) bagi menjalankan penggabungan atau pengambilalihan kepentingan.

Setiausaha agung Nube, J Solomon berpandangan bahawa langkah itu lebih baik kerana sebelum ini berlaku banyak pertikaian berhubung layanan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) ke atas pekerjanya.

"Apa yang kita faham, sekiranya penggabungan dilakukan dengan (firma) seperti Maybank, lebih banyak kesan buruk yang akan dialami kakitangannya.

"Maybank tidak melayan kakitangannya dengan baik dan tidak mengikut perjanjian bersama yang dipersetujui (dengan kesatuan pekerja)," dakwa Solomon.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Bank Negara yang membenarkan RHB Capital menjalankan rundingan dengan CIMB dan Maybank bagi tujuan tersebut.

Solomon juga mendakwa, Maybank mempunyai rekod menindas kakitangan berpendapatan rendah berbanding CIMB yang tetap membayar bonus kepada kakitangan dalam kumpulan sama.

"CEO (ketua pegawai operasi Maybank) dapat (bayaran) 24 bulan sebagai bonus prestasi untuk dua tahun berturut-turut (sedangkan) ada anggota saya yang bekerja 30 tahun belum dapat satu bulan pun bonus prestasi.

"Ini adalah tindakan pihak tertinggi merompak kekayaan pekerja bawahan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sekiranya penggabungan atau pengambilalihan kepentingan itu berjalan, pekerja berkenaan tidak boleh diberhentikan, kata Solomon lagi.

Katanya, prosedur ke atas yang gembira dengan jaminan yang diberikan oleh kepada pekerja Hong Leong Bank Bhd dan juga Eon Capital Bhd sebelum ini.

"Mereka akan hantar surat tawaran pekerjaan kepada semua pekerja yang terlibat. Itu jaminan mereka," katanya Solomon lagi.

Beliau menjangka, kakitangan berkenaan akan menerima tawaran tersebut selewat-lewatnya pada Julai.

"Sebab itulah, siapa yang mengambil alih (RHB Capital) sangat penting. Kalau mereka ada rekod yang baik dalam menguruskan kakitangan, kita tidak ada bantahan," katanya lagi.

Penggabungan berkenaan akan melibatkan pembayaran kepada Abu Dhabi Commercial Bank yang menjual 25 peratus kepentingannya dalam RHB Capital.

No comments:

Post a Comment

TERKINI