24 April 2013

R nafi guna tandatangan palsu Sultan Kelantan








(Abdul Shakur menunjukkan salinan plak dan gambar Tuanku Sultan Kelantan 
menandatangani plak)

PASIR PUTEH: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) menafikan dakwaan sebuah NGO kononnya mereka menggunakan tandatangan palsu Sultan Kelantan.

Timbalan Presiden, Abdul Shakur Sharie berkata, plak tuntutan pendaratan gas di Kelantan yang mengandungi tandatangan tuanku ditandatangani sendiri baginda pada 5 Jun 2012.

Oleh itu beliau menafikan dakwaan Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia kononnya kenderaan milik R memaparkan tandatangan palsu.

“Kami menjunjung titah tuanku supaya gas dapat didaratkan di negeri ini sebagaimana dititah baginda ketika perasmian pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun lepas.

“Sebagai rakyat kami menjunjung titah baginda bagi memastikan hak rakyat Kelantan mendapat royalti dan pendaratan gas menjadi kenyataan,” katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia, Tengku Syarifah Fadzillah Puteri membuat laporan polis terhadap pemilik kenderaan yang memaparkan tandatangan palsu Sultan Kelantan.

Abdul Shakur berkata, kenderaan yang dimaksudkan NGO terbabit adalah miliknya dan tandatangan Sultan Kelantan bukan palsu seperti didakwa NGO terbabit.

Malah katanya, petang ini beliau dipanggil polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh berikutan laporan dibuat NGO berkenaan.

“Kami tidak akan sekali-kali tunduk terhadap halangan yang cuba dicetuskan pihak-pihak tertentu melemparkan pelbagai dakwaan tidak berasas terhadap perjuangan R.

“Malah kami akan memastikan setiap rumah rakyat Kelantan memiliki salinan plak tersebut sebagai symbol perjuangan mereka sehingga tuntutan kita menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya NGO R sebuah pertubuhan berdaftar secara sah dan memiliki sijil yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan.

22 April 2013

Saya pernah doa Mat Taib masuk PAS

02 April 2013

DAP umum dua calon Melayu untuk PRU di Pahang



RAUB, 2 APR – DAP meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas orang kuat Perdana Menteri Najib Razak di Parlimen Pekan untuk bertanding di Parlimen Raub, Pahang.

Pengumuman untuk meletakkan bekas ADUN Pulau Manis itu di parlimen Raub dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sebuah majlis di sini semalam.


Datuk Mohd Ariff atau lebih dikenali melalui nama blognya, Sakmongkol AK47, menyandang kerusi DUN Pulau Manis antara tahun 2004 hingga 2008 dan menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan yang diketuai Najib Razak.

 
Seorang lagi calon turut diumumkan oleh Lin Guan Eng ialah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, untuk diletakkan di kerusi DUN Mentakab. Seorang ahli kerabat diraja Pahang, Tengku Zul adalah seorang jurutera elektronik dan merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Kerusi Parlimen Raub, sebuah kawasan majoriti Melayu kini disandang oleh Naib Presiden MCA, Ng Yen Yen. Manakala Mentakab yang juga merupakan kawasan majoriti Melayu disandang oleh Chuah Boon Siong, juga dari MCA.

TERKINI