31 May 2011

Tarif elektrik di negara ini tidak adil- FMM

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!” kata Mustafa.Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.

Kalau UMNO semuanya tak bersalah



LAWAK-LAWAK SARKIS HARI INI :

'Hina DUN S'gor': Mahkamah bebaskan peguam Umno


SPRM tutup fail dua kes berprofil tinggi


SR :
Kalau rasa nak buat salah tapi taknak kena tangkap masuk je UMNo...kebal daripada segala undang-undang. SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA BADUT-BADUT SARKIS INI.

Kerajaan BN lemah tenaga batin : Tiada kuasa dedah kontrak IPP

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.

PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.

Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.

"Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya.

Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat.

Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan.


SR
Kalau bab merembat duit rakyat semua tiada kuasa, semua tidak boleh dedahkan. Kalau bab menaikkan harga barang semua boleh dedahkan, semua ada kuasa.TNB tu bukan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) ke? Kenapa pula kerajaan tiada sebarang kuasa untuk mendapat sebarang maklumat? Baik jangan jadi kerajaan kalau lemah tenaga batin.

30 May 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man: Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang




BN tunai janji naikkan tarif elektrik

KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan kerajaan Umno- Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik dengan purata kenaikan 7.12 peratus bermula 1 Jun, sebagai usaha menarik bantuan subsidi daripada  rakyat.
BN dilapor menaikkan tarif elektrik kepada 2.23 sen kilowatt/jam kepada 33.54 sen daripada 31.31 sen berkuat kuasa 1 Jun.
Gas asli juga dilapor meningkat pada RM3 mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016, apabila harganya akan diapung sepenuhnya.
Kenaikan itu susulan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya ketika mesyuarat Majlis Ekonomi minggu lalu.
Kerajaan, secara mudah memberi alasan bahawa pengguna domestik yang menggunakan kurang 300 kw unit elektrik setiap bulan tidak tertakluk kepada kenaikan baru itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin berkata, 44.4 juta atau 75 peratus isi rumah tidak menerima kesan tarif baru tersebut.
Namun beliau tidak menyatakan kesan tarif itu kepada sektor lain seperti pembuatan yang akan menyebabkan berlaku peningkatan kos dan kenaikan  mendadak harga barang.
Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), menyebabkan syarikat IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.
Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan.
Malah Petronas juga kerugian hampir RM21 bilion setahun kerana terpaksa menjual tenaga yang lebih murah kepada IPP.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual semula kepada IPP dengan harga serendah RM10.
-keadilandaily-

SR :
Rakyat didahulukan bayar, kroni diutamakan

Rakyat terus didahulukan : Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.
"Ini bermakna, 7.5 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya.
SR :
Terima kasih kepada semua pengundi BN...Sokonglah lagi BN untuk Barang Naik...dan terus naik..

17 ahli majlis Sg Petani mogok

Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi, kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

"Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.

SR :
Jangan kita marah kalau rakyat samakan kita dengan UMNo kalau kita berkelakuan seperti UMNo. Jangan kita hairan kalau rakyat turunkan kita kalau kita terlalu sombong untuk ditegur. Bertindaklah dengan bijak Datuk Seri Azizan. Mungkin ada gunting dalam lipatan yang ingin menggoncang kerajaan Kedah. Utamakan perjuangan untuk rakyat.

29 May 2011

Rakyat sahaja yang perlu tanggung beban supaya pemimpin BN boleh goyang kaki.


Berita : Rakyat Perlu Bersedia Tanggung Sebahagian Kos Subsidi - Muhyiddin 


Rakyat sahaja yang perlu tanggung beban tetapi pemimpin BN terus bersenang-lenang. Lepas tu bandingkan harga minyak dengan Eropah, Jepun, China dan Singapura yang bukannya pengeluar minyak.

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung
Siapa yang tanggung semua elaun-elaun percuma kalau bukan rakyat marhaen. Tu belum lagi dapat duit projek juta-juta. Itupun nak suruh rakyat tanggung lagi!!!

Cakap sahaja berdegar-degar  BN Mampu Terus urus Ekonomi Negara. 
Kalau mampu jangan menyusahkan rakyat.

TERKINI