29 April 2011

Terkini : Eskay Angkat Sumpah, Hadir Dengan Pakaian Kalis Peluru

SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, yang secara tiba-tiba dibatalkan, kini dikatakan akan diteruskan.
Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.
Eskay yang ditemani oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim turut mengenakan pakaian kalis peluru yang begitu mengejutkan khalayak seolah-olah keselamatan mereka terancam.
Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, Eskay kemudiannya terus berlalu tanpa menjawab soalan pemberita seperti yang diminta oleh pengiring-pengiringnya.
Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi agak tegang apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan. 

-tvsnews-

No comments:

Post a Comment

TERKINI