08 May 2011

Anak sulung Kartika Shukarno dipercayai jatuh Sg Perak


SUNGAI SIPUT, 8 Mei — Anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno, yang dilapor hilang semalam dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata kehilangan Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, disedari pada pukul 12 tengah hari semalam oleh keluarganya lalu melaporkan kepada polis.

Gerakan mencari dengan bantuan pasukan bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan penduduk kampung sehingga tengah malam tadi gagal menemui kanak-kanak itu, katanya dipetik laporan Bernama hari ini.

Menurut Azman, Azfar dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak kerana ketika kejadian dia tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai itu.

No comments:

Post a Comment

TERKINI