KUALA LUMPUR 8 Mei - Tingkat atas rumah empat tingkat milik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta 5, Taman Duta di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini.
Kebakaran di rumah itu yang didiami oleh Tengku Adnan sejak 25 tahun dipercayai bermula dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd. Faiz, 15, pada pukul 5.30 pagi berikutan kerosakan sistem pendingin hawa.
Menurut beliau, berlaku percikan api dari pendingin hawa itu ketika anaknya sedang tidur menyebabkan dia bingkas bangun dan mengejutkan semua ahli keluarganya yang sedang tidur.
"Ketika kejadian, terdapat 16 orang di dalam rumah ini termasuk ahli keluarga dan lima pembantu rumah. Saya segera mengejutkan mereka semua supaya keluar dari rumah sebelum menghubungi bomba.
"Tingkat empat rumah yang menempatkan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang makan musnah 100 peratus," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya sepatutnya menghadiri majlis perasmian hafalan al-Quran kanak-anak di Putrajaya hari ini memberitahu, beliau tidak menyangka kejadian sedemikian menimpa keluarganya berikutan pendingin hawa tersebut baru sahaja dipasang di bilik anaknya itu petang semalam.
"Saya dan keluarga reda dengan kejadian ini dan akan berpindah ke kediaman di Impiana Tunku, Kenny Hills sementara kerja baik pulih dijalankan," katanya.
Beliau dan ahli keluarganya berjaya menyelamatkan sebahagian barang-barang peribadi termasuk peti besi yang terletak di aras empat tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sentul, Halim Mustafar berkata, seramai 46 anggota bersama enam jentera dari Balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas dan Jinjang serta Jabatan Forensik dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 6 pagi.
"Api merebak dengan cepat berikutan dinding bangunan diperbuat daripada kayu yang mudah terbakar. "Pihak forensik masih menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian," kata
S/R : Hebat pemimpin UmNo. Rumah juta-juta. Bukan sebuah. Berbuah-buah.
.
08 May 2011
Kakitangan kerajaan dah kaya tidak perlu pelarasan gaji
Pelarasan Gaji: Cuepacs Akur Kekangan Kewangan Kerajaan
KOTA BARU: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pada masa yang sama kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
"Apa pun kita (Cuepacs) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
"Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi," katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di sini, Ahad.
Perasmian seminar itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Omar berkata, Cuepacs sememangnya tidak bersetuju dengan langkah penjawat awam yang mahu membuat kerja sampingan kerana khuatir mereka hilang tumpuan ketika melakukan pekerjaan hakiki itu.
"Cuepacs memang tidak bersetuju mereka mahu membuat kerja luar ini kerana bimbang kerja hakiki mereka akan diabaikan tetapi pada masa yang sama juga kita simpati mereka terpaksa membuat kerja luar ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata penjawat awam perlu membuktikan komitmen mereka dalam membantu transformasi kerajaan sebelum memikirkan soal pelarasan dan kenaikan gaji itu.
Sementara itu, beliau berkata pertemuan ketiga antara kongres itu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak lama lagi akan memuktamadkan sistem kompetensi baru bagi menggantikan PTK yang dijadual dilaksana pada Julai ini.
"Sekarang sudah 90 peratus selesai dan Cuepacs berpuas hati dengan kerjasama JPA ini dan yakin sistem baru itu nanti benar-benar dapat melahirkan pekerja yang dapat membangunkan negara menjadi sebuah negara maju.
"Selama lapan tahun kita tidak berpuas hati dengan PTK itu tetapi kini kita yakin semua penjawat awam yang ada akan berpuas hati dengan pelaksanaan sistem baru itu nanti," katanya.
Omar berkata antara kaedah sistem itu nanti, semua penjawat awam perlu menghadiri kursus dan mereka kemudiannya akan dinilai untuk proses kenaikan pangkat dan sebagainya. BERNAMA
S/R : Kalau untuk rakyat masalah kewangan mesti jadi alasan tapi kalau untuk kaum kerabat & kroni tiada masalah. Untuk diri sendiri buat rumah bertingkat-tingkat. Ubah suai rumah juta-juta boleh. Cuepacs lepas ni ugut sikit-sikit kerajaan. Kerajaan bagi geran juta-juta terus senyap- sunyi.
Berita kehebatan Cuepacs zaman Najib memerintah :
2009 :CUEPACS AKUR TIADA DUA BULAN BONUS
2010 :PM UMUM GERAN 3 JUTA UNTUK CUEPACS
2010 :GERAN TAHUNAN CUEPACS DITAMBAH KEPADA RM2 JUTA SETAHUN
2010 :PEMBERIAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM BUKAN SATU KEMESTIAN
2010 : PM: TIADA BONUS KERANA IMPLIKASI KEWANGAN BESAR
Subscribe to:
Posts (Atom)