10 April 2011

Manifesto PRN Sarawak : Hebat Pakatan Rakyat berbanding BN

Hebat Pakatan Rakyat berjanji menggunakan RM1 billion untuk membasmi kemiskinan berbanding puluhan billion ringgit yang digunakan oleh BN seperti yang dinyatakan oleh TPM tetapi negeri Sarawak tetap di senarai bawah negeri termiskin.
Dengan peruntukan berbillion ringgit ini mengapakah masih ramai penduduk Sarawak masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik?
Dengan peruntukan billion ringgit juga mengapakah minyak petrol di Sarawak di jual lebih mahal? 
Muhyiddin juga membandingkan tawaran Pakatan Rakyat sebanyak RM200 kepada setiap murid yang memasuki Tahun Satu jauh lebih rendah berbanding kerajaan BN yang memperuntukan RM5000 seorang untuk murid sekolah rendah dan menengah. Ini manifesto untuk negeri Sarawak lah bukan negara. Jangan bandingkan belanjawan negara dengan belanjawan negeri.Takkan itupun tidak boleh dibezakan oleh pemimpin no. 2 negara ini.
        S/R : Peruntukan berbillion ringgit pun kalau masuk poket anak-beranak apa gunanya.

No comments:

Post a Comment

TERKINI