Proton perkenal model Preve di Australia
SYDNEY 18 Okt. - Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan model kereta terbaharunya, Proton Preve buat julung-julung kali di luar negara pada Australian International Motor Show (AIMS) 2012 di sini hari ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, Proton Cars Australia (PCA) membuka tempahan untuk Preve mulai hari ini dan penghantaran kereta jenis sedan tersebut dijadualkan bermula pada Januari 2013.
Menurut beliau, Preve dijual pada harga serendah AUD18,990 (RM58,560) menerusi rangkaian 34 pengedar di seluruh Australia.
"Selain Preve, Proton dijangka akan memulakan jualan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora di Australia pada pertengahan tahun depan.
"Dua model terbaharu Proton itu selaras dengan hasrat kami untuk menawarkan kereta mampu milik berteknologi tinggi kepada para pelanggan di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi pelancaran Preve dan pengenalan Exora di AIMS 2012.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi PCA, Kay Amies.
Mohd. Khamil memberitahu, Proton menyasarkan jualan sebanyak 4,000 kenderaan pelbagai model di Australia tahun hadapan berbanding purata 2,500 kenderaan setahun setakat ini.
Jelas beliau, sasaran itu adalah realistik dan pengenalan Preve serta Exora akan memberi kelebihan kepada Proton berbanding pesaing-pesaing dalam segmen yang sama.
"Kita juga sedang merancang untuk memperkenalkan Preve 'hatchback' khususnya di pasaran Australia dalam masa 10 bulan lagi," ujarnya.
Harga di Malaysia?Rujuk sini
Rakyat didahulukan bayar lebih....
KUALA LUMPUR - Alasan di sebalik mengapa Yang Zhuliang masih berteka-teki berhubung masa depannya sebagai ketua jurulatih terjun kebangsaan yang kontraknya berakhir bulan ini, dipercayai ada kaitan dengan kekosongan jawatan jurulatih Prestasi Tinggi Program Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Australia.
Badan induk terjun negara itu, Diving Australia (DA) sedang memburu khidmat barisan kejurulatihan baru untuk memperkasakan program latihan skuad kebangsaannya sebagai persiapan menghadapi Olimpik akan datang.
Mereka telah menyiarkan tawaran pengambilan tersebut dalam laman web iaitu (www.diving.asn.au).
Zhuliang, 48, yang berperanan menjadikan Malaysia selaku kuasa terjun No. 2 Asia selepas China dan dicemburui dunia berikutan kejayaan Pandelela Rinong membawa pulang pingat sulung dari Olimpik London baru-baru ini,
Difahamkan dia telah ditawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun dengan opsyen untuk memperbaharui tambahan dua tahun kelak.
Namun sehingga hari ini, jurulatih berwibawa kelahiran China dan memiliki kerakyatan Australia itu masih teragak-agak sama ada untuk melanjutkan perkhidmatannya di sini.
Malah dia memberi bayangan bahawa keputusan akhir, besar kemungkinan adalah meninggalkan Malaysia.
Sebelum berlepas bersama skuad remaja negara ke Adelaide, Australia untuk Kejohanan Remaja Dunia FINA minggu lalu, katanya: Andai saya tiada pun, tiada masalah.
Pasukan ini masih di bawah bimbingan jurulatih berwibawa seperti Zhang Yikun dan Huang Qiang... mereka cukup bagus untuk mengambil alih."
Meskipun tidak menyentuh mengenai jawatan kosong di Australia, Zhuliang meluahkan dirinya dihimpit dalam situasi rumit untuk membuat keputusan tetapi sempat menekankan kepentingan untuknya pulang ke Australia atas beberapa alasan tertentu.
Saya hanya akan membuat keputusan selepas pulang dari Adelaide nanti, lagipun sejak pulang dari London, saya amat sibuk mengendalikan persiapan skuad remaja.
Namun, antara pertimbangan mustahak yang saya nilai ialah kos pendidikan anak perempuan saya. Untuk belajar di sekolah antarabangsa swasta di sini, saya perlu menanggung kos mencecah RM70,000, itu pun belum menyentuh pendidikan lanjut, kolej atau universiti kelak.
Kalau di Australia, sebagai rakyat negara itu, dia akan menerima pendidikan secara percuma. Dia satu-satunya anak saya, sudah tentu mana-mana ibu bapa pun mahu berikan terbaik untuknya.
Saya juga memiliki rumah di situ, jadi adalah sangat membebankan untuk saya menanggung bayaran ansuran perumahan di kedua-dua negara," ujarnya.
Zhuliang mendapat kerakyatan Australia ketika berkhidmat di negara itu selama empat tahun sejak 2005, iaitu tahun dia meninggalkan Malaysia buat kali pertama selepas mula membimbing pasukan kebangsaan pada 2001.
Sekembalinya dia pada lewat 2008, penerjun negara terus melakar pencapaian membanggakan di semua peringkat, khususnya pingat gangsa Kejohanan Dunia 2009 di Rome dan pingat emas Sukan Komanwel 2010 New Delhi.
S/R: Tak bankrap pun negara Australia...